Saturday, April 10, 2010

My “Frog Prince” WHy KiSs A PRiNCE WhEN YoU CaN KiSS A FRoG 6

BAB 6

~Budak ODC~

Setahun yang lalu semasa Jessica Emily berada di tahun dua, dia diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan… tahun sebelumnya dia masuk dalam kelab kembara yang mana dia banyak melakukan aktiviti luar, baginya tahun ni lebih baik melakukan aktiviti indoor takde la nak kena panas je…

Mula-mula dia nak pilih kelab seni lukis, tetapi oleh kerana dia mendaftar lambat plus bukan dia daftar sendiri pun.. kawan dia tolong daftarkan… dah tu banyak kelab dan persatuan yang penuh, dia pun dimasukkan dalam satu persatuan yang dia sendiri pun tidak tahu apa bendanya tu, persatuan yang dipilih Persatuan ‘Cak Lempong’, apa benda Cak Lempong tu dia tidak pasti, yang penting persatuan tu kosong lagi… mana taknya kosong… ye la siapa nak pilih persatuan yang ntah apa-apa tu…maksud ‘Cak Lempong tu ramai yang tak tau.. apa bendanya… sudahnya dia seorang saja dari kelasnya yang masuk dalam kelab tu…

Masa hari pertama dia hadir kat persatuan tu, soalan pertama yang dia dapat “Awak sorang aja ke dari BITD... kenapa sorang-sorang?? Takde kawan ke??” masa tu nak je Jessica Emily hempuk orang-orang yang bertanya begitu. Tetapi nasib baiklah dia bertemu Suhaila teman serumah dengan Julia masa tahun satu yang agak rapat dengannya jadi tiada masalah…

Semasa hari pertama, Kelab Gamelan dan Kelab Cak Lempong di gabungkan, masa tu memang ramai jadi Jessica Emily masih tidak perasan akan kewujudan Daniel Afzan, selepas itu kedua kelab itu dipisahkan bagi memudahkan proses pembelajaran. Hari pertama itu jugalah Jessica tahu apa itu ‘Cak Lempong’, rupanya benda yang bulat-bulat seperti mangkuk tapi bertutup dan disusun mengikut nada bunyi dan di ketuk dengan dua batang kayu atau buluh bagi mengeluarkan bunyi, ia adalah salah satu alat yang juga digunakan dalam muzik Gamelan.

Sedang Jessica Emily dan Suhaila menunggu bas yang mengambil mereka dari situ berlalu sebuah kereta ‘Honda Odyssey’ hitam yang dinaiki oleh dua orang pemuda yang mukanya mirip cina.

“Jess.. ko tengok tu..” Suhaila mengejutkan Jessica Emily yang sedang mengelamun.

“Apa Kak Ila?” Jessica Emily memandang Suhaila yang berada disebelahnya setelah kereta Odyssey hilang melepasi pagar.

“Ko nampak tak budak lelaki tadi.. mesti kaya kan siap bawak Odyssey lagi”

“Ala Kak Ila apa nak diherankan.. cina… tak heranla kalau dia bawak kereta besar.. BMW ke Merc ker… melayu tu lain la” bagi Jessica Emily apa yang nak diherankan memang cina-cina kat Malaysia ni ramai yang kaya-raya, kalau melayu adalah dua tiga kerat.

“Ye ke cina?? Tapi muka depa macam same je.. Cuma beza sorang rambut pendek dan sorang rambut panjang, ha!!! lagi satu kulit yang sorang tu agak gelap.. kembar ke??” Suhaila bertanya lagi.

“Kembar???... ntah tapi macam lain je…” Jessica Emily menjawab. Tapi di dalam hatinya dia cukup respect kat bebudak tu sebab mahu belajar muzik tradisional melayu.. ye la mana ada anak cina yang mahu belajar benda-benda macam ni… anak melayu pun kalau terpaksa baru nak… macam Jessica jugak, hatinya sudah tertawan rupanya, ketika itu Jessica Emily tidak tahu budak cina itu melayu sebenarnya… hahaha… q(><)p

Itulah satu kelebihan di Malaysia ni.. kelebihan??? Mana taknya anak melayu orang kata anak cina, anak cina campur india orang kata melayu… sekarang dah tak boleh nak bezakan agama melalui kulit dan rupa sebab orang Malaysia ni dah bercampur aduk. Pulak tu ramai yang kawin campur.. haih lagi lah…

“Ah.. tak kiralah kembar ke, cina ke…Tapi akak sukalah tengok yang rambut pendek and gelap sikit tu… nampak naughty” Suhaila bersuara setelah lama Jessica Emily berdiam diri.

“Oooo…. Orang suka tengok yang sorang lagi tu… nampak lembut… “Jessica Emily berkata sambil berkata dalam hatinya.

“Layan je la…. kakak sorang ni bukan aku dapat susah pun…orang suka, dia suka jugak.. nasib baik ada dua orang”

Pada mulanya Jessica Emily lebih terpikat pada Daniel Izhan dan tidak ambil pusing pasal Daniel Afzan. Masa itu dia lebih suka pada lelaki yang nampak lemah-lembut dan baik daripada lelaki yang agak degil dan nakal.

“Ye ker??? Akak tau kenapa ko suka yang lemah-lembut tu… sebab senang ko nak buli kan??”

“Eh.. tau pulak dia” Jessica Emily tergelak dalam hati

“Tak la… mana ada orang nak buli”

“Ye la tu… akak tau la… sebab ko ni ganas plus garang, mesti lah ko nak yang lemah-lembut... hahaha”

“Pandai je Kak Ila ni”

Sejak dari hari itu Jessica Emily suka mencuri pandang kat budak cina yang digelar ‘Budak ODC’ tu…

Pada masa itu dia mahupun Suhaila tidak tahu nama mereka malah tidak pula mereka berdua mengambil pusing siapa nama sebenar budak-budak itu dan hanya menggelarkan mereka berdasarkan kereta ‘Honda Odyssey’… sesuai pulak tu panggilan ‘Budak ODC’ dengan mereka berdua. Sama seperti salah seorang kawan Jessica Emily yang di panggil ‘Dal’, Jessica tidak pasti adakah ‘Dal’ itu sempena plat keretanya “DAL****” itu atau sememangnya dia di panggil begitu, Dal adalah buah hati kepada teman sekelas Jessica Emily dan juga ‘Encik Driver’ kepada Jessica Emily serta Julia kalau mereka berdua malas hendak menapak ke kelas… Sorry ‘Abang ipar’…

Hingga ke hari akhir berada dalam kelab ‘Cak Lempong’ itu Jessica Emily masih tidak tahu nama budak berdua itu malah yang mana satu abang dan mana satu adik pun dia tidak pasti lagi… yang ada hanyalah sekeping gambar candid, itu pun diperolehi dari entah siapa-siapa, Jessica Emily pun tidak kenal sangat, budak itu mengambil gambar untuk laporan akhir kelab… itu nasib baik ada dapat sekeping... kalau tidak hanya di kepala otak sahaja la disimpannya…

……………………………………

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain

0 comments:

Post a Comment