Tuesday, April 6, 2010

My “Frog Prince”..... WHy KiSs A PRiNCE WhEN YoU CaN KiSS A FRoG

BAB 3

~Apa Itu SUKA?? Apa Itu CINTA??~

“Ala… lambatnya la bola ni nak mula… aku bosan dah ni menunggu” Daniel Afzan mengeluh sambil menguap... dia ngantuk sebenarnya, tapi bola punya pasal… dikuatkan juga matanya itu…

“Huargh…ngantuknya…” Daniel Afzan menguap lagi. Malam yang sunyi sepi itu membuatkan mata Daniel lebih mengantuk lagi… tetapi dia sudah berjanji dengan Izhan kembarnya itu.

“Haih.. mana Izhan ni… kata nak tengok bola sama-sama, tapi sekarang batang hidung dia pun tak nampak lagi…aku tidur kang.”

“Apa aku nak buat ni??? mata dah berat sangat ni…. berangan?? Hemm… berangan la…berangan lagi best… tapi aku nak berangan pasal apa ye” Daniel berkata dalam hatinya. Sambil mendengar lagu ‘Always Be Mine’ nyanyian Korean group ‘FT ISLAND’, lagu yang tenang dan mendamaikan.

Dengan tiba tiba dia tersenyum sendiri apabila teringat hal budak ‘Cak Lempong’ tempoh hari…

“Hemm.. cute jugak budak tu masa dia tengok aku macam tu… hihihi… muka dia terkejut betul masa tu.. tapi kenapa eii..??” Daniel teringat apabila Jessica Emily tengok dia macam orang baru jumpa hantu je gayanya.

- Ko dah mula suka dia ker Daniel

- Aku?? Siapa??

- Hai tak kan itu pun ko nak tanya aku??

- Siapa?? Budak ‘Cak Lempong ‘??

- Hemmm… tepat sekali…

- Aku suka kat budak ‘Cak Lempong’ tu??

- Ya!!

- Tidak!!

- Tak ko kata??

- Tak!! Tak la..

- Kalau tak kenapa ko teringat kat dia?

- Ntah.. mana la ku tahu

- Ke ko dah jatuh CINTA dekat dia???

- Aku jatuh cinta?? Tak mungkin!!”

“Tidak!!!!” Daniel menjerit sambil menghayun-hayunkan tangan seperti menepis sesuatu.

“Daniel… Daniel…” apahal la pulak abang aku ni??? mengigau sampai macam ni… tidur tak basuh kaki la ni..

“Apahal ni Izhan??? Terkejut papa dan mama” ibubapa Daniel Afzan yang baru sampai di muka pintu terkejut dengan jeritan itu terus meluru ke bilik Daniel Afzan.

“Ntah la papa… Izhan pun terkejut jugak tadi, tiba-tiba dia menjerit”

“Daniel… Daniel…” Datin Maria mengoyang-goyang badan anak sulungnya itu. Mata Afzan terbuka dan terus duduk menghadap mereka.

“Kenapa mama.. papa??” Daniel terjaga sambil menggosok-gosok matanya, dia pelik kerana papa, mama dan Izhan ada dibiliknya masa itu.

“Kamu mengigau tadi Daniel…”

“Ngigau…??”

“Yer ker??”

“Iya… tadikan ko buat macam ni…” Izhan baring dan menunjukkan perlakuan Daniel Afzan sebentar tadi.

“Aku buat macam tu?? dia bertanya kepada Izhan dan Izhan hanya menganguk sambil tersengih-sengih.

Daniel berpaling ke arah papa dan mamanya “Mama, papa betul ker Daniel buat macam tu” mamanya mengangguk.

“Mama ingat tadi kamu kena sampuk ker ape ker tadi… takutkan mama ajela kamu ni” mamanya mengurut dada kelegaan.

“Sorry la mama, papa”

“Kamu mimpi apa tadi???”

“Ntah.. dah tak ingat dah”

“Hihihi… ko ni kelakar la Daniel…. Tak pernah aku tengok ko ngigau sampai macam tu.. hahaha” Izhan menggelakkan abangnya diikuti papa dan mamanya.

“Woi jangan la gelakkan aku… mama, papa pun… jangan la gelakkan Daniel” Daniel berkata sambil mengoyang-goyangkan badan Izhan dan mamanya

“Yela.. yela… sudah la tu Izhan kesian abang kamu tu” papanya yang berada di sisi katil bersuara.

“Oklah-oklah…” Izhan berhenti ketawa tapi ketawanya masih bersisa.

“Maria mari.. saya dah penat ni… Afzan, Izhan papa dan mama masuk bilik dulu ye…”

“Baik bos… Good Night

“Kelakar sangat ke aku tadi” Daniel bersuara setelah mama dan papanya berlalu.

“Ha ar.. kelakar gila… ko mimpi apa tadi??mimpi hantu ker?? Tak kan tak ingat??”

“Entah… Eh.. dah pukul berapa ni???” Daniel Afzan mencari jam dihujung katil.

“Woi dah pukul 10.55 dah ni… bola dah nak start ni” Daniel Afzan bersuara lantang separuh menjerit

“Woi terkejut aku” Daniel Izhan menepuk belakang Daniel Afzan.

“Aduh!!!.. sakit la ngok” Daniel Afzan menggosok belakangnya yang sakit.

“Ko tau sebab aku tunggu ko punya lama la tadi ni sampai tertidur and termimpi benda pelik-pelik.. tak guna betul” sambil mencampakkan bantal kearah Daniel Izhan. Daniel Izhan hanya tersenyum melihat perangai abangnya itu.

“Ko pergi mana tadi sekarang baru balik???” Daniel Afzan berkata ketika turun dari katil

“Sorry la… aku pergi dating tadi.. hahaha…”

“Ceh… dating-dating takde benda lain dah ko ni”

“Jangan jealous la brother.. cepat la carik awek baru.. tak kan ko nak macam ni jer?? Ke ko masih ingat kisah dulu-dulu kot.. ko dulu dengan ko sekarang kan dah berbeza and lagi satu… kan aku dah ada awek…” Izhan memaut bahu abangnya. Izhan tahu abangnya dulu terlalu mencintai Mira dan tidak sanggup mengambil risiko ditinggalkan sekali lagi, itulah sebab sekarang Daniel Afzan tidak ambil pusing pasal perempuan.

“Takde la… malas ar nak fikir pasal benda tu lagi.. nanti-nanti lah” jawab Daniel Afzan sambil mengambil remote control television.

“Ye ke malas nak fikir?? Ntah-ntah ko yang takut nak bercinta tak??.. aku sedih ar bila tengok ko macam ni… ko nampak happy… tapi happy yang dibuat-buat”

“Ntah la…” Daniel menjawab malas.

Sudah 3 tahun berlalu dan Daniel Izhan masih ingat lagi pada hari itu Daniel Afzan balik dengan muka masam, bertegur sapa dengannya pun tidak dan baju yang dipakainya basah kuyup… keesokannya pula demam, makan taknak… diam aja… bila ditanya mengapa “tak de apa-apa” itu saja jawapannya..

Mula-mula Daniel Izhan tidak tahu apa punca yang menyebabkan Daniel Afzan berkeadaan begitu sehinggalah pada suatu hari Amira bertemu dengannya…

“Didi apa khabar??” hanya Amira memanggil Daniel Afzan dengan panggilan itu.

“Didi?? Dia baik… but he look a bit different now.. why?? You ke yang buat dia jadi macam tu???” Izhan ‘serkap jarang’ sebenarnya tujuannya berjumpa dengan Amira pun adalah atas sebab itu. Sudah lama dia tidak melihat Daniel Afzan menemui Amira dan hanya memerap di rumah.

“Emmm… ntah la… tapi semua tu salah I” Amira menundukkan wajahnya tidak berani bertentangan mata dengan Izhan.

“U salah… apa maksud U??”

“I… I… dah jatuh cinta kat orang lain”

“What?? U tinggalkan abang I sebab U cintakan orang lain? How could U?”

“Tak guna punya perempuan… boleh dia tinggalkan abang aku sebab suka kat orang lain” Daniel Izhan menggumam dalam hati.

“Siapa??” Daniel Izhan bertanya lembut

“You!!.. I cintakan U Izhan… bukan Didi” Amira memberanikan diri dengan mengangkat wajahnya bertentangan mata dengan Izhan.

“U jangan main-main Mira”

“Tak… I tak main-main I betul-betul cintakan U”

“Kenapa I?? Abang I tak cukup baik ke pada U?? apa kurangnya abang I and apa lebihnya I.. ha?? kitorang kan kembar…”

“Ye you kembar… tapi U lain”

“Apa yang lain??” suara Izhan meninggi dia tidak suka bila ada orang membezakan mereka berdua.

“I suka cara U yang lemah-lembut, layan I dengan baik sedangkan Didi... dia tak pernah pun layan kehendak I, semua nak ikut cakap dia jer.. I bosan!!!”

“U taukan, I layan pun sebab U ‘bakal kakak ipar’ I… kalau tak…” Izhan tidak terus menyambung kata-katanya.

“I hanya anggap U macam kakak and kawan I… kalau orang lain I takkan layan macam tu.. U tau kan I macam mana” Izhan berlembut kerana baginya tidak guna berkasar tentang hal-hal begini.

“Tapi… I cintakan U… U pun bukan ada special lagi kan” Mira tidak puas hati dengan jawapan Izhan

“Ada atau tidak… itu tak penting and I memang tak boleh terima U… U tau kan dia satu-satunya abang I dalam dunia ni… I sayang dia lebih dari segala-galanya… I tak boleh terima orang yang dah hancurkan hati dia…” Izhan diam kembali.

“U tahu tak, kalau U lukakan hati dia sama macam U lukakan hati I juga”

“Tapi Izhan???” Mira sudah mengalirkan air mata.

“Takde tapi-tapi!!!… and I harap U jangan muncul depan I atau depan abang I lagi, I taknak dia terluka…” Izhan terus bangun meninggalkan Amira menangis sendirian.

Perlawanan bola sudah bermula dan masing-masing melihat kaca talevision dengan khusyuk… tetapi hanya mata yang tertacap ke arah kaca television, manakala fikiran masing-masing ntah kemana…

“Macam mana lah aku nak buat abang aku ni happy macam dulu-dulu… sekarang dia masih nakal tapi dah tak happy dan takde perasaan, sejuk macam ‘air batu’ je sampai mama dan papa pun perasan… abang… abang…” Izhan berkata dalam hati sambil memandang muka Daniel Afzan yang berada di sisinya itu.

“Ni yang buat aku nak berkomplot dengan Buluh dan Giant ni… cara untuk ubah Daniel Afzan dari ‘Cold Hearted Prince’ kepada ‘Prince Charming’ dan buat dia ceria seperti dulu.” Izhan berkira-kira dalam hatinya.

“Tapi macam mana??? Ini bukan kerja senang… boleh gak dikatakan ‘Mission Imposible’ ni” Daniel Izhan bertanya dalam hatinya lagi.

Manakalam fikiran Daniel Afzan pula melayang memikirkan mimpinya tadi, dia sebenarnya mengingati apa yang dimimpikan sebentar tadi… tapi memberitahu hal itu pada Izhan, adalah satu perkara paling bodoh yang akan dilakukan.. siapa tidak kenal Daniel Izhan perangai baik, lemah-lembut, sopan – santun, bak kata orang semua baik belaka tetapi… mulut!! Hemm… takde insuran… mau kepoh satu UTeM tentang hal ni nanti…

“Betul ke aku dah jatuh cinta kat budak tu???.. mustahil-mustahil… takkan la aku boleh jatuh cinta macam tu punya cepat?? Ish..mimpi jer tu.. tapi kenapa aku rasa macam betul je jadi tadi… hi… seram aku” Daniel berkata dalam hatinya sambil mengeleng-geleng kepala.

“Aku tak kan jatuh cinta kat budak ‘Cak Lempong’ or ‘Hamster’ tu never and ever. “ Daniel Afzan bertekat dalam hati dengan mengengam tangannya dan mengganguk-nganguk. Dia tidak sedar dia berbuat begitu.

“Dah la tak lawa… harap pipi je cute.. eh aku kata cute ke tadi.. alamak!!” Daniel Afzan menepuk belakang kepalanya beberapa kali.

“Ko kenapa?? Sakit kepala??” Izhan bertanya apabila melihat Daniel Afzan berbuat begitu.

“Ha?? takde la… tak.. tak de apa-apa”

Daniel Afzan tidak perasan sebenarnya semua perbuatannya diperhatikan oleh Daniel Izhan yang berada disisinya.

“Abang aku ni kenapa sekejap tergeleng-geleng, terangguk-angguk dah tu siap tepuk kepala sendiri lagi… gila ape?? Dia ni tengah nyanyi lagu “Angguk-angguk, geleng-geleng ker?? ke ngigau tadi tak habis lagi?? Hish!!” Izhan mengumam dalam sendiri.

“Woi bro ko kenapa pelik aku tengok…”

“Pelik??? Ke… ke…kenapa?? Apa aku dah buat??”

“Ko tak perasan ke apa ko dah buat tadi??”

“Aper??” tanya Daniel Afzan pelik

“Hemm.. takde apalah… aku berangan je tadi kut” Daniel Izhan menjawab… malas dia hendak memanjangkan cerita kalau Daniel Afzan sendiri dah tak ingat apa dia buat..

“Dia tak perasan ke apa yang dia buat tadi???” Izhan berasa pelik dalam hati…

“Ah lantaklah.. yang penting abang aku ni tak gila sudah…”

“Bro… aku dah ngantuk la… aku naik tidur dulu la ye…” Izhan yang sudah berkira hendak mengangkat punggungnya dari kerusi tiba-tiba tangannya ditarik oleh Daniel Afzan.

“Ko jangan berani nak naik selagi aku tak naik… tadi aku tunggu ko punyer lama boleh, pulak ko nak tidur sekarang and tinggalkan aku sorang-sorang… NO!! ko nak tidur, tidur kat sini” Daniel Afzan memberi amaran.

“Tapi bro…”

“Takde tapi-tapi... tidur sini!!!”

“Ishh… ko ni penakut betul la… pasang je lampu banyak-banyak kan dah tak gelap”

“Aku bukan penakut… seram je…” jawab Daniel Afzan dengan tersengih-sengih.

“Bila fobia ko ni nak hilang ha??.. pelik aku!! dah tua bangka macam ni pun takut lagi”

“Bising la ko ni…. nak tidur, tidur je la tak payah nak bising… aku tengah khusyuk tengok bola ni” di sepak-sepaknya kaki Izhan yang sedang baring di lantai.

Daniel Izhan tahu abangnya itu fobia akan tempat gelap… ye la dia tidur pun bukak lampu… pelikkan.. muka budak jahat tapi takut gelap.

“Wei nanti ko nak naik kejut aku tau.. jangan ko tinggalkan aku tidur kat sini sorang-sorang” Daniel Afzan hanya diam mendengar kata Daniel Izhan, menggeleng tidak mengganguk pun tidak.

“Woi ko dengar tak aku cakap ni?? digoyang kaki abangnya itu.

“Ye aku dengar.. aku tak pekak lagi la…”

Entah pukul berapa Daniel Afzan tertidur pun dia tidak pasti… selepas tengok bola dia tengok citer best kat Astro pulak... dia tidak boleh tidur teringat kat mimpinya tadi… dia takut kalau-kalau mimpi tu datang kembali… last-last bukan dia tengok tv, tv yang tengok dia, punya sedap membaringkan diri atas sofa tu sampai tak sedar boleh tertidur. Mereka sedar pun lepas jenuh mama mereka mengejutkan untuk bangun sembahyang subuh…

……………………………………

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta.

Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta.

Cinta adalah CINTA .


0 comments:

Post a Comment