BAB 7
~Hah!! MELAYU Ker??~
Apabila bermula semesta 4, bermacam-macam jenis aktiviti yang perlu di ikuti oleh pelajar-pelajar universiti… lagi-lagi kat UTeM ni… dengan assignment and group project yang melambak-lambak, tapi itu semua adalah perkara biasa yang perlu diharungi oleh seorang yang bergelar mahasiswa… biasalah… tak kan nak baca buku je…hanya dengan membaca buku sahaja se-seorang itu tidak akan menjadi lebih pandai jika perkara yang dipelajari tidak dipraktikkan… betul tak???
Di UTeM, contohnya jika belajar tentang sistem komputer, seseorang itu mesti membuat atau merekabentuk suatu sistem sehingga sistem itu berfungsi dan boleh diguna pakai, tidak hanya belajar teori semata-mata.
Selama 3 hari Jessica Emily dan rakan-rakan sekelasnya perlu mengikuti ‘Program Jati Diri’, kalau diikutkan hati Jessica Emily dia malas sebenarnya nak mengikuti aktiviti tersebut, tetapi jika tidak pergi ada subject yang dia kantoi nanti… haih!!… boleh pensyarah tu kata wajib pergi….
“Jess!!!” Suhaila berteriak sambil melambai-lambai memanggil Jessica Emily.
“Apa hal ni Kak Ila.. kena sawan…???” Jessica Emily berkata sambil melangkah ke arah Suhaila.
“Ish.. budak ni ada ke dia kata aku kena sawan” marah Suhaila dalam hati.
“Tak.. tu.. tu??” Suhaila berkata sambil menunjuk ke suatu arah dengan memuncungkan mulutnya dah macam ‘Burung Pucung’ lagaknya.
“Apa tu.. tu..!!! Hantu??”
“Bukan la… tu yang pakai baju oren tu… sana tu…” Suhaila berkata sambil memaut bahu Jessica Emily dan memusingkan ke arah yang ditunjukannya tadi.
“Berapa banyak ‘tu’ la budak ni” Jessica Emily berkata dalam hatinya sambil matanya melilau mencari budak pakai ‘Baju Oren’, last-last nampak juga dia… ‘Budak ODC’ sedang berjalan menuju kearah meja pendaftaran…
“Oooo…” hanya itu terkeluar dari mulut Jessica Emily.
“Haih.. Kak Ila ni nampak aja dia kat ‘Budak ODC’ tu…”
“Kak Ila... orang ingat kita budak IT je yang pergi Program ‘Jati Diri’ hari ni… rupa-rupanya campur… ceh!!..”
“Apa ceh... bagusla… dapat tengok ‘ODC’… kan dah lama tak tengok depa…kita kan buzy jer.. tak sempat nak mengusya-usya depa tu.”
“Ha ar.. betul jugak tu.. hihihi” Jessica Emily ketawa senang hati.
“Woi korang berdua apa yang happy sangat tu???” rupa-rupanya gerak-geri mereka berdua telah diperhatikan oleh Julia yang berada tidak jauh dari dari mereka.
Pada ketika itu Julia masih tidak tahu pasal ‘Budak ODC’ tu… Jessica Emily masih merahsiakannya dari pengetahuan Julia… hanya dia dan Suhaila sahaja yang tahu…
“Jess ko dah bagitau Julia ke pasal ni???” Suhaila bersuara sedikit berbisik.
“Belum la Kak Ila…”
“Apsal ko tak bagitau”
“Segan la…”
“Ko segan dengan Julia.. biar betul…??”
“Jess… Kak Ila… apa bisik-bisik ni… tak best laaa macam ni…, orang nak tau jugak pasal apa ni…??”
“Emmm….” Jessica Emily masih lagi segan nak memberitahu…. Tapi sebenarnya bukan segan sangat tapi takut kena marah ngan Julia coz rahsiakan benda ni.
“Apa emmm…???”
“Kak Ila la bagitau kat Julia…” Jessica Emily berkata pada Suhaila.
“Bagitau apa Kak Ila…??” Julia bertanya pantas.
“Takde apalah.. nanti-nanti Kak Ila bagitau ye.. tu kawan Kak Ila dah panggil tu.. sat eii” Suhaila berkata dan terus berlalu menuju ke arah kawannya yang sedang menanti di tepi tiang surau. Dia malas sebenarnya nak bercerita pada Julia… ye la Jessica Emily pun tak bagitau Julia pasal itu, takkan dia pulak yang sebok-sebok... pandai la Jessica Emily cerita sendiri.
“Hihihi... mendapat la ko Jess… sapa suruh ko rahsia lagi menda ni dari Julia” Suhaila tergelak sendiri.
“Woi Ila kenapa kenapa ko gelak sendiri??”
“Tak de apa la… sebok je ko ni… ha kenapa ko panggil aku tadi?” Suhaila bertanya kepada budak yang duduk kat sebelah tiang itu… budak yang digelar ‘ustaz’ itu.
Setelah Suhaila berlalu… memang ‘mendapat’ betul la Jessica Emily… bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh Julia kepadanya… dah macam soalan periksa gamaknya… “Kenapa? Apa? Siapa? Bagaimana?” semua jenis soalan terkeluar…
“Apasal ko tak bagitau aku awal-awal pasal ni… rugi betul la…” Julia bersuara setelah mendengar cerita pasal ‘Budak ODC’ dari Jessica Emily. Dia terkilan sebenarnya tetapi dia tidak mahu benda ini menyebabkan persahabatan yang terbina “Retak menanti belah”…
“Sorry ye… lambat sikit bagitau ko” Jessica Emily meminta maaf walaupun dia tahu Julia bukan jenis yang cepat naik angin dan mudah kecil hati sepertinya.
“Mana satu orangnya??? Ada kat sini jugak eiii??” melilau mata Julia kesana-kemari mencari ‘Budak ODC’
“Ha.. ah… tu yang pakai baju oren and yang muka dia cam cina tu”
“Oren ke biru??? Dua-dua tu muka nampak sama je… cina ker??”
“Ntah ye la kot cina… Yang baju biru tu Kak Ila minat… aku suka yang baju oren tu”
“Woo hoo… depa satu kelas ker..?”
“Entah… mana aku tau…. Nama diapun aku tak tau lagi... inikan kelas mana… apa lah ko ni…”
“Chet!!!... aku ingatkan ko dah tau semua pasal dia”
“Belum….” Lambat Jessica membalas
“So… sekarang ni kira ada peluang la ko nak tau siapa nama dia ye tak…”
“Tu la… nasib baik aku ikut hari ni… Kira ada jodoh la ni… hihihi… nasib baik TUHAN pun nak gak tolong aku…”
“Betul la tu…. kira korang ada jodoh la... boleh jumpa kat sini… hihihi”
“Agaknya la…”
Malam itu mereka di bahagi kepada 10 group… Jessica Emily dan Julia terpisah, Julia masuk group berapa pun Jessica Emily tidak tahu, yang dia tahu dia dapat group nombor 7… dah la gelap nak cari kawan pun tak nampak.
Semasa Jessica Emily melalui barisan Group 3 yang hanya dia nampak…
“Mak ai ramainya budak perempuan kat group ni.. dah tu panjang pulak tu dari barisan group lain-lain” Jessica berkata dalam hati.
“Jess!!! mai la masuk group ni” Fatin yang berada dalam group 3 memanggilnya dengan tangan yang melambai-lambai bak daun rambai.. hihihi.
“Tak pa la Kak Fatin… group tu macam dah ramai sangat je…” Jessica Emily menolak tanpa mengetahui ‘Jejaka Idaman Malaya’ berada dalam group itu. Tapi sumpah... kalau masa tu dia tahu, dengan bangganya dia akan masuk sendiri tanpa di panggil-panggil. Tu la.. bahagi group malam-malam.. mana la nampak siapa-siapa… lagi la kalau orang tu rabun sejak azali macam Jessica Emily ni… hemm… melepas la nampaknya kali ni….
Sedang Jessica Emily berjalan lenggang-lengok bak ulat gonggok dari jauh kedengaran…
“Jess!!! ko group berapa” Suhaila bersuara dari group hujung.. dah tentu group10.
“Hish.. Kakak aku yang sorang ni suka betul pekik-pekik nama aku… heran aku…” Jessica Emily berkata dalam hati sambil terus masuk ke dalam group 7.
“Seven!!!” Jessica menjawab sepatah.
“Oit.. mari la kat group akak ni.. bukan ada orang pon… ko tengok ni ha.. pompuan dua orang ja.. lelaki je ramai“
“Hah!!.. “Jessica Emily memandang ahli kumpulannya… dahla sorang pun dia tak kenal…
“Waa.. best jugak aku masuk dalam group tu… dah la group ni takde kengkawan aku.. baik aku pergi sana… ramai lelaki…. hihihi” Jessica Emily berkata dalam hati sambil berjalan ke group Kak Ilanya.
Sesampai Jessica dalam group 10 iaitu group Suhaila, budak perempuan yang sorang lagi tu dia nak mintak tukar group sebab dia kata group sebelah ada kawan dia… Jessica Emily mahupun Suhaila tidak melarang sebab berdua je pompuan dalam group ni lagi best… tak payah nak kecoh pasal orang lain… lagi pun buat semak je perempuan ramai-ramai ni…
“Jadi Kak Ila kita berdua je la perempuan dalam kumpulan ni??”
“Hemm… ye la tu.. nak cari Julia pun.. ntah group mana dia duduk.. dah la gelap”
“Ye laa…” dengan malas Jessica Emily menjawab.
Selepas wisel dibunyikan… ahli kumpulan tidak dibenarkan bertukar lagi.. so memang confirm depa dua orang je perempuan dalam kumpulan itu.
“Oi.. korang berdua je ke pompuan??” tanya salah sorang budak lelaki yang berada dalam group itu.
“Begitu la nampaknya!!!” Suhaila menjawab.
“Hemm.. lagi bagus.. takde la kecoh dengan mulut murai depa” budak lelaki yang lain bersuara perlahan.
“What did you say??” Jessica Emily bertanya seperti orang tak puas hati je gamaknya.
“Nothing… siapa nama awak berdua”
“Saya Ila dan ini Jess”
“Jess.. Jess apa?? Kasut Jazz?”
“Tak guna punya budak lelaki” Jessica Emily marah dalam hati… hihihi apa boleh buat marah dalam hati je dia boleh buat.. lain la kalau dia dah kenal orang tu lama.. jadi dengan takde takut-takut dia boleh marah orang tu…
“Jaga la ko…” Jessica Emily berdendam.
“Tak kan Ila and Jess aje… takde nama panjang ker??”
“Nama panjang?? Nor Suhaila dan dia Jessica Emily??”
“What Jessica Emily?? Macam nama orang putih je… betul ke nama ko ni Jess??..hahaha” budak berbaju hitam bertanya sambil gelak sakan.
“Ye la… takde rupa orang putih pun… hihihi” sorang lagi dari ahli kumpulannya yang agak jongang bersuara.
“Korang gelakkan aku ye… tak guna..” Jessica Emily cuba menahan hatinya.
“Itulah mak ngan abah ni.. apasal la dia letak nama aku macam tu… bagi la Siti Nurhaliza ke… Siti Fatimah ker… Siti Rogayah pun tak pe… ini tak… nama cam orang putih juga depa letak… dahla muka aku ni tak match langsung ngan nama tu…” Jessica Emily mula memarahi mak dan abahnya dalam hati… tapi nasib baik mak bapaknya tak letak nama ‘Joyah’… lagi haru..
“Mana mak bapak ko dapat nama ni Jess.. punyala class”
“Entah… mana lah aku tahu… hish korang ni.. lupakan je la pasal nama aku ni… cukup korang panggil aku Jess je... ok kengkawan…” Jessica Emily berkata sambil menunjukan tanda ‘ok’ macam iklan minyak kat tv tu…
“Wokey… sekarang kitorang pulak kenalkan diri... aku Hafizi.. tapi orang panggil ‘Mat Top’, ni Khairul Afendi tapi korang boleh panggil dia ‘Bendi’ , ni…. tu… dan ini….” Mat Top memperkenalkan kawan-kawannya sorang demi sorang kepada Jessica Emily dan Suhaila.
“Apa punya nama la depa ni… Bisul la… MJ la… Bendi la… entah apa-apa… pulak tu depa berani gelakkan nama aku… nama depa lagi teruk… Hish… Hish… Hish… dasar budak lelaki” Jessica Emily mengutuk ahli kumpulnya dalam hati.
“Tapi seronok gak dapat ahli kumpulan yang mengong and gila-gila macam ni… takde la bosan kan… hihihi” Suhaila berbisik kat Jessica Emily.
“Betul la….hihihi“ Jessica Emily mengiakan.
Nasib tidak menyebelahi Jessica Emily masa tu, dia tidak dapat satu group dengan ‘Budak ODC’ tidak kira abang ke adik... dua-dua pun tak dapat… betullah kata orang kita ni tidak selalunya bertuah… hahaha…
“Kak Ila!!!” tiba-tiba Jessica Emily bersuara mengejutkan Suhaila yang sedang leka berbual dengan Bendi.
“Kenapa? Apa? Siapa?” Suhaila bertanya dengan nada yang kelakar.
“Hish… kelakar betul orang tua ni” Jessica Emily berkata dalam hatinya.
“Tak… tu Kak Ila nampak tak ‘ODC’ sana tu… dia dalam group Kak Fatin la… rugi betul la tadi orang tak masuk group dia… Kak Fatin ada ajak orang masuk dalam group dia tapi orang tak nak… hish rugi betul la…” Jessica Emily berkata dengan gaya menyesal.
“Hahaha.. tu la ko.. tolak tuah lagi… tapi itu yang mana?? yang ko suka ker.. yang akak suka??”
“Yang orang suka la… yang lagi sorang entah… Hish.. menyesal betul la…” Itulah manusia… bila sudah terlepas baru hendak menyesal…
“Wei kawan.. menyesal sekarang dah tak guna la… tu la tadi dia panggil ko tak nak… sekarang baru nak nyesal…”
“Tu la… tapi kan nanti kita boleh korek rahsia dari Kak Fatin bebanyak pasal ‘ODC’… hihihi” Jessica Emily merancang sendiri... ye la nak menyesal sekarang pun bukan dapat apa-apa.
“Cettt….” Suhaila mencebik ke arah Jessica Emily.
Selama 3 hari 2 malam kat situ mereka semua kena tidur dalam khemah… cuma fasilitator je dapat tidur kat katil yang empuk... tak guna betul… tapi bayangkanlah 6 orang tidur satu khemah…. Iglu pulak tu… dah la kecik kalau besar sedap sikit ini tidak… kalau yang pergi ni semua budak kecik-kecik tak per jugak… ni dah rupa mak-mak orang dah… ingat muat sangat ker… muat tu memang muat… tetapi dah sah-sah sorang kena tidur kat hujung kaki… dan orang itu tentunya…. Jessica Emily… marah ni.. marah ni..
Nak dijadikan cerita, keesokan harinya siapa-siapa yang tidak sembahyang subuh pagi itu… kiranya terlajak tidur sampai solat pun tertinggal dan agaknya kalau bom jatuh pun, depa masih sedap tidur la… budak-budak nakal tu didenda menyanyi depan orang ramai, tak kira la lagu apa pun…
Dalam group tu ada la 4-5 orang dan dah tentunya salah sorang dari mereka, siapa lagi kalau bukan Daniel Afzan. Budak degil nak mampus tu…
“Woi Izhan… mangkuk ko.. apsal ko tak kejut aku subuh tadi??.. tak pasal-pasal pepagi aku kena nyanyi” marah Daniel Afzan pada Daniel Izhan. Mana taknya oleh kerana lambat bangun dia dikehendaki menyanyi di khalayak ramai kejap lagi.
“Wei.. aku kejutkan la… penat aku kejut tapi ko tak nak bangun… aku rasa kalau aku baling bom pun kat ko, ko tak bangun punya.. ko tidur pukul berapa malam tadi?? Menyembang??”
“Alllaaaa!!!… ni Buluh ar punya pasal ni… dia ajak aku nyembang tetengah malam… hwaaa…” jawab Daniel dengan gaya macam nak menangis…
“Ala bro… nyanyi je... depa bukan suruh ko gelek ‘poco-poco’ pun… benda senang”
“Banyak la ko punya senang… malu siot…”
“Tu la… tidur mati lagi… ko yang jenis liat nak bangun subuh memang sesekali patut kena macam ni.. hahaha…” Daniel Izhan mengelakkan abangnya.
“Tak guna ko Izhan” dicampakkan kasut ke arah Daniel Izhan, tapi Daniel Izhan sempat mengelak.
Daniel Izhan yang masih gelak berkata “Hahaha.. padan muka” dan terus meninggalkan abangnya yang tengah menggelegak hatinya itu… kalau kacau lelama silap-silap mau meletup ‘gunung berapi’ tu..
“Hantu punya Izhan… sampai hati betul dia… jaga la ko” Daniel Afzan berdendam dalam hatinya sambil tangannya ligat mengikat tali kasut.
“Apsal monyok je ni kawan??” tegur Buluh setelah melihat muka Daniel Afzan yang mencuka dan dia juga tahu apa sebabnya… mana tidaknya Daniel Afzan lah teman duetnya nanti.
“Ha.. ni lagi satu mangkuk ayun” marah Daniel Afzan dalam hati.
“Ko punya pasal la ni!!” Daniel Afzan berkata sambil merenung tajam ke arah Buluh.
“Aku pulak??.. ko sendiri yang nak nyembang dengan aku ok.. marah orang la pulak…dah la tu…sorry la eii… tapi takpe nanti kita jadi penyanyi duet yang paling bagus sekali di abad ini!!” dengan bangganya Buluh berkata-kata, walaupun dia tahu itu sebenarnya denda sebab tak solat subuh…
“Bangga la ko!!!” marah Daniel Afzan lagi.
“Ye la… Apa pulak aku tak bangga?? Bangga wei dapat nyanyi dengan ko yang sememangnya popular mengalahkan Mawi tu… hihihi... mamat yang glamor sebab ‘hensem plus degil nak mampus’, ko la tu… hahaha”
“Banyak la ko punya popular… kita ni dah la buat salah cik abang oii..” Daniel Afzan berkata dengan nada yang tidak sekeras tadi.
“Allaaa.. kawan… kita bukan sengaja pun nak bangun lewat… dah hari ni kita ditakdirkan tak terbangun nak wat camne kan??” Buluh cuba memujuk lagi.
“Dah la tu jangan la fikir sangat… jom kita pergi menghiburkan depa dengan nyanyian merdu kita ni… Jom la… wahai ‘Putera katak’ yang hensem, comel, lawa, manis, manja…. Lagi ape ye… hihihi? Tersengih-sengih Buluh apabila mengeluarkan kata-kata ‘merapik’ macam tu…
“Ha!!! lagi aper??? Cepat la puji aku banyak-banyak lagi… Hahaha… kelakar la ko ni…” Daniel Afzan tersenyum juga akhirnya… terpujuk dia dengan kata-kata mengarut itu.
“Ha!!! macam tu la… bak kata orang ‘If you can’t avoid it, enjoy it..!!!’ betul tak??.. hihihi”
“Ye la tu…” Daniel Afzan menjawab malas.
“Jom la cepat kita pergi.. aku dah tak sabar nak panggil hujan dah ni….” Buluh berkata sambil menarik Daniel Afzan bangun dari pintu khemah.
“Haish.. macam mana la aku boleh ‘terkawan’ dengan budak tak tahu malu ni??” Daniel Afzan bertanya pada dirinya sendiri.
Daniel Afzan dan Syafik a.k.a Buluh jalan bermalas-malasan menuju ke tempat di mana mereka bakal menjadi artis ‘paksaan’ bersama dua tiga orang lain lagi. Daniel Izhan yang melihat dari jauh hanya tersenyum-senyum-simpul melihat abangnya yang mencuka itu… nak gelakkan kuat-kuat karang ‘mendapat’ dia dari Daniel Afzan, abangnya tu bukan boleh buat main.
Semasa menyaksikan konsert mengejut itu Jessica Emily berdiri betul-betul dibelakang Daniel Izhan… sebenarnya Jessica Emily pun tidak perasan ‘Budak ODC’ itu betul-betul berada di hadapannya sehinggalah…
“Izhan!!!” satu suara yang agak nyaring mengejutkan Daniel Izhan mahupun Jessica Emily walaupun masa itu bukan nama Jessica yang dipanggil, mana taknya terkejut dia dengan suara yang membingitkan telinga itu..
Daniel Izhan berpaling ke belakang untuk mencari dari mana datangnya suara yang agak sumbang memanggil namanya. Jessica Emily pula hanya menatap wajah yang berada di hadapannya dengan renungan yang susah dimengertikan… dia sedang berfikir sebenarnya…
“Oooo... jadi nama dia Izhan” Jessica Emily berkata dalam hati dengan gembira kerana akhirnya dapat juga dia mengetahui nama ‘Budak ODC’ itu akhirnya.
“Wei Izhan apasal ko tak kejut abang ko tu solat subuh pagi tadi... sian dia???” budak yang bersuara nyaring itu bertanya kepada Daniel Izhan.
“Aku kejut la... dia yang taknak bangun…” Daniel Izhan menjawab lemah.
“Depa ni tau nak salahkan aku jer…” Daniel Izhan merungut dalam hati.
“Hahaha... tapi bagus gak… dapat aku tengok dia memalukan diri sendiri hari ni… hihihi” mamat yang bersuara nyaring dan bergigi jongang itu berkata sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Ceh… tadi gaya macam nak marah aku, sekarang seronok pulak”
“Jangan la marah… kawan…. aku gurau je tadi… tak kan ambik hati kut??”
“Tak de la… mana aku tak marah setiap orang yang aku jumpe semua tanya apsal aku tak kejut abang aku tu... dah dia yang taknak bangun nak buat macam mana… geram tau tak!!!… Daniel yang buat salah aku pulak yang kena… ade ker patut!!” Daniel Izhan melepaskan geramnya.
“Ish…ish…ish... tak patut… tak patut..” si jongang menjawab.
“Alah!!!... ko pun sama…”
“Ish ko ni… depa lain… aku lain… aku ni kan baik sikit”
“Baik??? Baik la sangat!!” setelah 2~3 saat berdiam diri Daniel Izhan bersuara semula.
“Tapi kan....”Daniel Izhan berdiam lagi, tetapi kali ini dengan mulut yang tersenyum simpul.
“Tapi?? Tapi ape?? ko ni cakap tersangkut-sangkut la… lambat betul!!... nak cakap, cakap je la..”
“Ko tau hari ni la dalam sejarah, aku tengok abang aku tu memalukan diri dia sendiri depan orang ramai… ko tau je la abang aku tu jenis yang macam mana kan?? Ego dia tinggi cam ‘Gunung Everest’ and dia tu jenis yang tak akan buat benda-benda pelik yang akan memalukan diri sendiri. Tapi hari dia terpaksa buat gak… hihihi”
“Ha ar... betul la… betul!!! aku sokong… hihihi”
Terkekeh-kekeh Daniel Izhan dan temannya itu mengelakkan Daniel Afzan yang sudah mengorak langkah memulakan nyanyian ‘pemanggil hujan’ mereka.
Jessica Emily yang mencuri dengar perbualan tersebut agak terkejut…
“Solat??? Jadi dia ni Melayu la… mati-mati aku ingat dia ni cina… takde muka melayu langsung….”
Bermula dari situlah Jessica Emily mengetahui manusia ‘cina’ yang dipujanya adalah melayu… tulen lagi. Walaupun nama yang diketahuinya itu nama pendek tapi dia tetap berpuas hati, ye la… sudah lebih 1 semesta, akhirnya dia tahu jugak nama budak tu. Tetapi nama yang seorang lagi ‘Budak ODC’ masih tidak dapat diketahui… hish misteri betul… tetapi Jessica Emily tak ambil pusing kerana dia tak berapa minat kat yang sorang lagi itu… nampak cam budak jahat… dia tidak suka…
……………………………………
It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer, No reason!
0 comments:
Post a Comment