Saturday, April 10, 2010

My “Frog Prince” WHy KiSs A PRiNCE WhEN YoU CaN KiSS A FRoG 5

BAB 5

~Bermulalah Suatu...~

Seminggu lagi peperiksaan pertengahan semesta akhir akan berlangsung, semua teman-teman serumah sewa dengan Julia dan Jessica Emily mengulangkaji pelajaran mereka dengan tekun sekali termasuk Julia… kecuali Jessica Emily.

Jessica ni jenis yang tidak boleh hendak baca buku pelajaran kalau semua orang baca buku… dia tension itu sebab bila orang lain baca buku dia tidur la… tengok tv la… main internet la… kalau dia baca buku jugak mesti tak masuk-masuk, buat penat je… biasa dia akan baca buku time orang lain tak baca buku… biasanya dia akan bangun awal dari kawan-kawannya yang lain.. baca buku masa tu… coz kawan-kawanya semua tengah tidur.. tu la tidur lambat lagi siapa suruh… dan dia jenis yang baca buku sorang-sorang… dan kalau malas nak baca.. masa Julia baca buku dia suruh kuat-kuat dan dia dengar itu lagi cepat masuk… Kadang-kadang Julia naik angin bila dia sendiri tak hafal tapi Jessica Emily yang hafal…

“Jess ko tak nak baca buku ker???”

“Nanti la dulu…”

“Nanti-nanti!!” marah Julia. Dia pelik dengan perangai Jessica Emily yang tidak ambil pusing dengan peperiksaan, tetapi keputusan dia tak la teruk.. tapi ada yang dia pelik… subjek bagi orang lain susah.. bagi Jessica macam kacang goreng… subjek yang senang bagi orang lain susah pulak bagi dia…. selalu macam tu tak ikut majoriti… Julia ingat lagi

Semasa peperiksaan pertengahan semesta satu, ada satu subjek… majoriti dalam kelas tak lulus… dia boleh dapat A... gila ar… masa tu… subjek itu diajar oleh seorang pensyarah yang cakap lembut.. lembut sampai kalau duduk belakang sikitje.. comfirm tak dengar.. and cara dia mengajar memang susah nak faham. Memang tak faham lah.

“Jess ko dapat berapa??.. aku dapat 34% jer…”Julia bertanya apabila Jessica Emily menyorokkan kertas jawapanya.

“Aku dapat lebih kurang dengan ko je…”Jessica Emily malu sebenarnya.. apasal dia dapat banyak orang lain dapat sikit.. orang malu sebab dapat markah rendah ini tidak.. malu sebab dapat markah tinggi.. apalah..

“Tipulah.. meh la aku tengok…” di hulur-hulur tangannya untuk mencapai kertas jawapan Jessica Emily.

“Wei.. ko dapat ‘A’ lah…!!!” Julia bersuara lantang… semua kawan sekelasnya memandang Jessica Emily.

“Hish ko ni jangan la cakap kuat-kuat malu aku…”

“Apa punya kawan la Julia ni”

Begitu juga dengan subjek-subjek lain yang majoriti tak dapat nak follow dia boleh follow dengan senang... pelik kan?? Kenapa dia tidak boleh ikut majoriti?? Macam tu juga dalam pelbagai hal… persatuan ke, kelab ke… mesti terpisah kadang-kadang dia sorang-sorang je dari kelas tu.. Kenapa?? Entah... dia sendiri tiada jawapan untuk itu..

Dah la jenis macam tu… lagi satu tabiatnya suka keluar awal dari dewan peperiksaan… bagi Jessica Emily kalau dah tak boleh nak jawab baik keluar dari duduk dalam tu betul-betulkan jawapan yang betul ke salah… lagi la kalau peperiksaan akhir semesta bila keluar dewan dan jumpa je tong sampah terus dia buang kertas soalan… takde terfikir nak tengok soalan balik ke ape ke… mula keluar dewan mesti cari tong sampah dulu.. pelik-pelik…. ada ke keluar dewan periksa terus cari tong sampah.

“Jess…” Julia memecahkan kesunyian.

“Hish.. Jess ni orang study, sedap je dia tengok tv” Julia berkata dalam hati.

“Hemm…. Kenapa??” Jesica Emily terus berpaling ke arah Julia yang memanggilnya.

“Aku pun dah bosan sebenarnya study ni… petang ni kita keluar nak tak??

“Keluar pergi mana?? Jessica Emily bertanya kembali

“Mana-mana la… aku nak relax tension la… serabut kepala aku study je… nak tak”

“Boleh gak… tapi.”

“Tapi ape….??”

“Tak nak pergi ke budak ni??” Julia tertanya-tanya dalam hati.

“Aku nak tidur 1 jam dulu boleh… pukul 3 kita pergi eii..”

“Ko ni ingat tido je… takde lain”

Petang itu mereka berjalan-jalan ke MP dengan meminjam kereta rakan serumah mereka, Ajue. Kat rumah sewa Jessica hanya dua orang je yang ada kereta Ajue dan Farah, motor pun ada dua biji jer… Jessica dan Julia biasa jalan kaki jer… senang… fakulti bukan jauh pun… jauh sekentut je… kadang-kadang naik bas, kadang-kadang tumpang kawan tengok mood la… kadang-kadang kereta Don, kadang tumpang ‘L’… thanks korang sebab tumpangkan…

Sedang mereka berdua makan sambil berborak-borak tiba-tiba mata Julia tertacap ke suatu arah tanpa berkedip…

“Woi Julia ko kenapa?? Ko nampak ape??” Jessica Emily bertanya sambil matanya mengarah kearah tempat yang di tenung oleh kawannya itu…

“Tu… ko nampak tak ape aku nampak??” Julia berkata sambil menjuihkan bibirnya kearah yang dilihatnya tadi.

“Apa??Mana??”

“Ko nampak ker???”

“Ape??”

“Tu kat tempat cuci tangan tu”

“Terlindung la… tak nampak aku… siapa??”

“ODC la…” Julia berkata sambil matanya masih terarah kerah Daniel Afzan

“ODC???.. oooh aku dah nampak… ko ni nampak je eii..” Jessica Emily berkata setelah ternampak Daniel Afzan keluar dari kawasan mencuci tangan itu…

Itulah yang selalu terjadi… dimana-mana mesti Julia yang selalu ternampak dahulu ‘Budak ODC’ tu… selepas itu baru Jessica Emily… Matanya agak tajam berbandung Jessica... mata helang la katakan…

“Jess..” Julia bersuara setelah lama mereka berdiam diri. Ketika itu mereka berdua duduk di salah sebuah bangku di MP setelah penat berjalan. Nak tengok wayang Jessica Emily ni bukan jenis yang suka tengok wayang… kalau tengok wayang, bukan dia tengok wayang, tapi wayang yang tengok dia… cerita tu macam mana punya best pun dia boleh tidur… pelik-pelik dia ingat pawagam ni tempat tidur ke…

Tapi kalau dia penat ke ngantuk ke… ajak la tengok wayang… sah dia ikut… sebab dia nak rehat, kalau masa-masa lain diajak macam mana pun dia tak nak pegi… tapi kalau pegi kedai buku… dia boleh duduk kat situ sejam, dua jam takde hal…

“Apa??” Jessica menjawab dengan gaya yang malas. Dia penat sebenarnya berjalan lama-lama.

“Boleh tak ko bagitau aku cerita sebetulnya macam mana ko boleh suka kat budak tu?”

“Apa?? Kan aku dah bagitau??”Jessica bertanya kembali.

“Ye ko bagitau.. tapi aku suka dengar cerita tu… lagipun hari tu.. aku tahu ko ada rahsiakan sesuatu kat aku?? Kan??”

“Aku ada rahsia sesuatu ker kat dia??” Jessica bertanya dalam hati.

“Betul ko nak dengar lagi??”

“Betul… lagi pun aku dah penat la nak jalan-jalan.. duduk sini dengar cerita pasal ODC lagi best…”

“Ceh!!”

Bagi Julia, Jessica Emily adalah seorang yang sangat mudah jatuh hati pada seseorang dan dengan mudah juga dia melupakan seseorang yang di sukai tanpa rasa kecewa atau apa saja.

“Macam ni………”

……………………………………

Hati aku ada satu.. Dan yang satu itulah yang telah ku berikan kepadamu...

0 comments:

Post a Comment