BAB 8
~ What’s Wrong With Me??~
Selama 3 hari 2 malam (dah bunyi macam pergi bercuti je…) kat ‘Kem Jati Diri’ itu Jessica Emily hanya boleh meng’usya’ ‘Budak ODC’ tu dari jauh aje…
Sehinggalah ditakdirkan pada hari akhir dia disitu, mereka semua dikehendaki menjalani satu aktiviti memupuk semangat bersatu padu… konon…
Dua group dicantum menjadi satu group yang besar. Dengan tidak disangka-sangka Jessica Emily dan Daniel Afzan menjadi satu group… walaupun itu bukan seperti yang diharapkan oleh Jessica Emily sebenarnya…
“Apsal pulak aku bleh dapat group ngan ‘Budak ODC’ yang ni.. aku nak yang lagi satu… yang ni tak best” harapan Jessica Emily berkecai untuk mengorek lebih banyak maklumat mengenai Daniel Izhan apabila dia tidak dapat satu group dengan Daniel Izhan…
“Kak Ila suka lah tu…” Jessica Emily berkata dalam hati apabila terpandang muka Suhaila yang tersengih saja dari tadi… tak tahan matanya melihat.. jelous seh!!…
“I have no LUCK!!!” marah Jessica Emily pada dirinya
Setiap kumpulan diminta bekerjasama dengan ahli kumpulan untuk mengeluarkan/terapungkan bola pin-pong dari salur paip yang berbagai rupa bentuk plus banyak lubang-lubang kecil.. dah tu paip kena sambung-sambungkan pulak tu.. Permainan yang mencabar fizikal dan mental betul la…macam mana tak keluar air.. tuang air, air keluar balik, tuang air, air keluar balik.. tak pun sambungan paip tu tercabut…mencabar betula.. hish saja je depa buat camni… mesti perah otak bebetul ni… kalau tak, 2 jam pun tak keluar-keluar lagi bola tu.. dan yang pasti permainan ini akan buat kita semua basah kuyup...hihih..
Dalam permainan itu… Daniel Afzan ditugaskan untuk mengangkut plus tuang air ke dalam salur-salur paip itu… Pada mulanya Jessica Emily tak ambil pusing hal Daniel Afzan yang kena lari sana-sini mengangkut air, yang dia pentingkan lubang-lubang yang dia pegang itu tertutup supaya air tak keluar langsung… Jessica Emily berasa seronok pulak main permainan itu… permainan yang perlukan korang bekerjasama antara lelaki dan perempuan… seronok siot dapat main sekali ngan budak lelaki… rasa macam balik ke zaman budak-budak… dah tak kira lagi korang perempuan ke lelaki… yang penting air dari salur paip tu tak keluar…
Dalam keseronokon itu… hati Jessica Emily mula terpaut dengan kelakuan Daniel Afzan semasa dia berlari ulang-alik ke kolam mengambil air… nampak cute sungguh… macam kekanak… sampai Jessica Emily dah tak boleh concentrate kat tangan dia sendiri.. sudahnya ada lubang yang terbuka.. apabila ditegur oleh budak lelaki kat depan dia.. baru dia perasan.. tu la khusyuk sangat pandang Daniel Afzan… terkulat-kulat Jessica Emily membetulkan pegangannya. Group depa tak menang pun… tapi tak la corot… tetengah je… oklah tu…
“Jess!!”
“Apa Kak Ila??”
“Apasal ko pandang ‘Budak ODC’ yang akak suka tu lelama tadi??”
“Mana ada?? Orang kelakar tengok dia angkut air je… cara dia kelakar la..”
“Hish orang tua ni.. tau-tau aje…” Jessica Emily merungut dalam hati
“Ye.. ker??”
“Iyeee…. My favorite still the same la..” padahal dalam hati Jessica Emily, dia mula terpaut kat raut Daniel Afzan yang keanak-anakkan tadi.. kalau tengok sekali memang la muka dia cam budak nakal tapi… bila pandang lelama, kita akan nampak kelembutan hatinya itu… huih.. bukan calang-calang orang boleh nampak, Jessica Emily pun tidak perasan macam mana dia boleh melihat kelembutan itu… bak kata orang ‘Love is a language spoken by everyone, but understood only by a heart.’.. haih dah masuk bab jiwang ni...
Dalam perjalanan balik ke kampus...
“Julia... ko nak tau tak tadi kan.... ada orang yang sampai nak tersembul biji mata dia tengok ODC.. dia ingat akak tak tau... dia cakap tak suka kat budak yang sorang tu.. tapi.. bila dia tengok... huih.. susah nak tafsir...” Suhaila memerli Jessica Emily yang berada ditempat duduk hadapan bas.
“Siapa?? Jess??” Julia berkata terkejut
“Apa Kak ila ni... mana ada sampai macam tu... Julia ko jangan percaya cakap Kak Ila tu.... dia tu tipu je...”
“Elllllleh... macam la orang tak tau...”
“Mana ada...” Jessica Emily cuba menafikan, yang mana hatinya sebenarnya sudah terpaut pada ‘Budak ODC’ yang dibencinya...
“Elehhhh”
“No!!! Julia.. I said no.. Aku takkan jatuh hati kat dia tu... sampai bila-bila pun tak kan... never...” marah Jessica Emily. Dia tidak suka bila orang berkata padanya begitu.. ini hal hati dan perasaan.. mana boleh buat main...
“Suka hati depa je.. nak tentukan aku suka kat siapa” marah Jessica Emily lagi dalam hati.
“We will see..”
Sebenarnya bermula dari situlah.. Jessica Emily terpaut pada makhluk yang bernama ‘Daniel Afzan’ tapi masih menafikannya. The end for the story of first time fall in love with ‘bad boy’...
Selepas daripada kem itu... Jessica Emily mengusya... rumah... nama.. siap janji kalau ada kawan-kawannya yang dapat maklumat peribadi ‘Budak ODC’ tu.. dia akan belanja kat UMBAI... dasat tu...
Tapi semua usahanya mendapatkan maklumat-maklumat peribadi ‘Budak ODC’ masih tidak ada apa-apa perkembangan... misteri betul budak 2 ekor tu... susah betul...
Jessica Emily mengetahui nama penuh kembar itu pun setelah dia ternampak nama itu di papan kenyataan library yang terpampang nama mereka dalam senarai nama orang yang ‘pinjam buku tapi tak pandai pulang’... hihihi..
Pada masa itu... Jessica Emily masih kata yang dia suka dekat Daniel Izhan.... dan benci pada Daniel Afzan....konon!!! tetapi lagi dinafikan lagi kerap Daniel Afzan muncul didepan matanya... dimana sahaja... dia pun pelik... Daniel Izhan pula dia jarang terserempak...
Ada satu hari tu Julia pernah berkata “Cuba ko pikat yang nakal tu... lebih trill dari yang sorang tu...” setiap kali terserempak dengan Daniel Afzan persoalan itu sentiasa menghantuinya...
Dan akhirnya Jessica Emily mengaku yang dia sudah terjatuh hati pulak pada naughty boy itu... tu la kata orang... ‘jangan terlalu membenci seseorang.. akibatnya.. inilah...
Dia mula terpikat ngan hidup Daniel Afzan yang agak low profile... walaupun yang Jessica Emily tahu Daniel Afzan itu bukan orang biasa... keluarga dia agak berada.. (selepas usha mengusya rumah berjaya) bayangkanlah kereta yang ada di halaman rumah melambak-lambak and semua kereta mewah pulak tu... bukan sebarang kereta.... tetapi yang budak bernama Daniel Afzan ini biasanya akan bawak kereta ‘proton wira’ je... jarang dia bawak kereta mewah mak bapak dia... tu yang buat Jessica Emily respect habis.... dia tak menunjuk-nunjuk....
Walaupun ramai yang kata Jessica Emily hanya terpikat kat ‘Budak ODC’ tu sebab dia kaya.... Jessica Emily tak ambil peduli... lagi satu yang kaya bukan dia.. mak bapak dia... lantak la...
“OK Julia???? Puas hati dengar cerita aku???”
“Puas dah!!!... hihihihi... wei ko tak nak ke pi pikat dia bebetul.. takde jadi ‘secret admire’ camni je???”
“Tak nak lah... nanti-nanti lah... lagi pun aku ni bukannya ada rupa plus takde rete plak tu... mana sesuai ngan dia... aku rasa cukuplah aku wat camni je...”
“Ko puas hati ke kalau setakat jadi ‘secret admire’ je??? Ni dah tahun akhir kita ni... cuba la bertindak dulu.... apa salahnya kalau ‘perigi cari timba’ tak salah kan???... and yes... aku ngaku, rupa ko bukan lawa sangat pun + pipi tembam + tak putih pun... hihihi.... tapi....”
“Tapi ape??”
“Ceh!!... Ingat nak bagi kata-kata semangat... boleh pulak dia kutuk aku... apa punya kawan la dia ni....”
“Hihihi.. jangan marah ye.... aku gurau je... tapi kan walaupun ko tak lawa macam artis but you look ok what?? Ada mata, ada hidung... and lagi satu... hati ko... hati ko lawa... apa ada pada rupa Jess?? Benda tu akan di makan usia kan... Cuma hati yang baik je.. akan kekal lama.... tak gitu??? Hemm?? Kalau muka lawa tapi hati busuk tak guna jugak kan???”
“Entah lah....”
“Apa pulak entah-entah... try la... try la tackle dia.. ko ‘jangan mengalah selagi ko belum betul-betul kalah’ ingat tu...”
……………………………………
Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta,
tapi bila perasaan menjadi rindu,
tiba-tiba perasaan itu menjadi hilang dengan sendirinya..
dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya
KAMU TELAH JATUH CINTA....
KengkAWan.. ni la 8 episode yang aku dah siapkan...... harap orang2 berada dalam "NOVEL" ni tak terasa hati k.... aku cuma nak korang sumer ingat apa yang dah kita lalui kat KUTKM / UTeM tu.... terutama bebudak kelas aku.... hihihi... apa yang aku lalui korang sumer lalui gak kan??? so aku harap korang tak kan lupa sumer tu..... sapa yang rasa watak korang sama dalam tu.. kira bertuah la.. sebab aku boleh ingat sumer... tapi JANGAN MARAH tau.. aku bukan nak terbitkan pun.... just suka-suki jer....
"KALAU TAK PUAS HATI CALL JE AKU...."
0 comments:
Post a Comment