Tuesday, April 6, 2010

My “Frog Prince” WHy KiSs A PRiNCE WhEN YoU CaN KiSS A FRoG (4)

BAB 4

~ K.E.T.A.M!! ~

“Kring!! Kring!!” telefon rumah Daniel Afzan berbunyi dan mengejutkan Daniel yang sedang nyenyak tidur.

“Sape pulak la telefon rumah ni??.. aku nak tidur pon tak senang la…” Daniel Afzan merunggut sambil menggaru-garu kepalanya walaupun tidak gatal, mengambil bantal goleknya dan tidur kembali… Deringan telefon berhenti… tetapi tidak sampai 5 minit.

“Kring!! Kring!!” telefon itu berbunyi lagi dengan bunyi yang membingitkan.

“Hish!!!” Daniel bangun mengejut sambil mencampakkan bantal ke lantai. Dia paling benci ada orang kacau dia tidur…

“Kring!! Kring!!”

“Ye la.. ye la.. nak angkat la ni… tak sabar betul la orang ni… aku hempuk kang” Daniel berjalan terhuyung-hayang macam orang mabuk lagaknya.

“Hello…” Daniel yang dalam separuh sedar berkata sambil mengosok-gosok matanya.

“Hello…”

“Ye nak bercakap dengan siapa” tanya Daniel Afzan kembali.

“Daniel???” tanya orang itu lagi

“Ye.. siapa ni…???” jawab Daniel Afzan malas

“Wei mangkuk!! aku la Buluh…. Ko tak kenal suara aku ker?? Kentut betul la ko ni… Apsal ko tak angkat handset?? Bateri kong?? kata nak lepak MP (Mahkota Prade) jadi tak??” panjang lebar Buluh bertanya.

“Banyaknya pertanyaan ko... mana satu aku nak jawab ni??? and mana ko dapat nombor rumah aku ni? setahu aku aku tak pernah bagitau ko…”Daniel bertanya lagi.

“Mana-mana pon boleh… aku tanya ko.. ko tanya aku balik…ape la… aku mintak kat Izhan tadi.. ye la aku telefon handset ko tak dapat-dapat”

“Ooo…” Daniel menjawab malas… sebenarnya dia mengantuk lagi.. malam tadi ntah pukul berapa dia tidur… tengok bola punya pasal.. lepas subuh dia tidur balik sampai la tidurnya diganggu oleh makhluk yang bernama Buluh itu..

“Ooo.. je?? Ko ni macam orang ngantuk jer.. wei kawan dah pukul 11 lebih dah ni.. takkan tido lagi??”

“Aku ngantuk la…” jawab Daniel Afzan sambil memejamkan matanya.

“So…ko nak pegi tak??? kalau tak aku ingat aku nak pegi dengan awek aku.. hihihi… lama dah aku tak pegi dating ni…”

“Ehmm… tak jadi la kut… ko pegi la ngan awek ko tu eh!!!.. ko ada awek ke??hihihi… malam karang la kita keluar…” dalam hati Daniel Afzan bersyukur… tak perlu la dia keluar time-time panas macam ni.

“Woi kawan jangan ingat rupa aku ni buruk sangat sampai takde orang nak…teruk betul la ko ni…Ok lah kalau macam tu…. bye and sambung la tido ko tu balik… jangan sampai tak bangun terus dah la ye… hihiih” Buluh berkata sambil mengelakkan Daniel Afzan dan Buluh terus meletakkan ganggang telefon.

“Ceh… Buluh ni menyumpah kau ke ape…” hilang terus mengantuk dia.

Hujung-hujung minggu seperti ini… ye la dengan panas yang membahangnya membuatkan Daniel Afzan malas hendak keluar rumah, malah keluar bilik pun dia malas… duduk kat aircond lagi best…

Mama dan papanya keluar pergi rumah Untie Zizah dan Izhan ntah kemana, langsung tidak nampak batang hidung, semasa dia keluar tadi pun rumah sunyi sepi je… macam ni la kalau rumah besar.. tapi penghuni tidak ramai… memang sunyi sepi la jawabnya…

Daniel Afzan terus memanjat tangga ke biliknya… dia mandi untuk menyegarkan badan walaupun matanya masih agak berat, selepas mandi dia hanya memakai t-shirt lusuh dengan seluar had lutut…

Dia ke dapur untuk cari makanan sebab perutnya dah berkeroncong kelaparan…

“Ala… mee goreng je… mana kenyang… mama ni” Daniel Afzan merunggut dalam hati dan terus menutup tudung saji… dia memang jenis orang yang tidak boleh berpisah dari nasi.. kalau boleh pagi nasi, tengahari nasi dan malam pun nasi…

Dengan hanya berpakaian begitu Daniel terus menapak ke kedai mamak yang berdekatan dengan rumahnya di TU tengahari itu…

“Woi Daniel selebetnya ko hari ni” tegur Giant dari dalam kedai mamak.

“Hish Giant ni buat malu aku jer… nak tegur, tegur la slow-slow ini tak siap buat pengumuman je gayanya.. tak guna betul..” Daniel berkata dalam hati sambil menjeling marah ke arah Giant.

Tanpa mempedulikan orang ramai yang melihat kearahnya Daniel terus ke kaunter makanan, perutnya yang sedang berkeroncong itu lebih penting dari segalanya… sambil matanya melihat-lihat lauk yang terhidang… matanya tertacap ke arah lauk ketam masak lemak cili padi.. itu lauk favoritenya.

“Opss… sorry..” Daniel Afzan bersuara, ketika dia hendak mengambil senduk lauk ketam itu ada tangan lain juga yang hendak mengambil lauk tersebut… dah la ketam dalam tu ada seekor je…

Its..okey… awak ambil la… saya ambil lauk lain…” kata perempuan di sebelahnya itu sebelum sempat dia berpaling mencari lauk lain.

“Betul??” Daniel Afzan terus berpaling untuk melihat siapalah gerangan perempuan yang baik hati itu.

“Awak??” kedua-dua Daniel Afzan dan Jessica Emily tergamam serta mata kedua-duanya berkelip-kelip.

“Malam tadi aku mimpi pasal dia arini boleh jumpa pulak… boleh pulak aku berebut ketam dengan dia…ketam?? Eh!!!…” Daniel Afzan berkata dalam hati sambil memikirkan kejadian seperti itu pernah terjadi.. tapi kenapa ketam??

“Awak?.. dia kenal aku ker??tak kan la… kan aku suka dia dalam diam je” Jessica Emily tertanya-tanya dalam hatinya.

Rupa-rupanya mereka telah bertemu tidak lama dahulu, hanya Daniel Afzan teringat akan perkara tersebut. Jessica?? Hemm… jangan haraplah dia dapat ingat benda-benda yang tidak penting itu, lagi pun rupa Daniel Afzan dulu dan sekarang agak berlainan, dulu macam budak jahat... tapi sekarang tak dah… muka dah jadi orang baik sikit. Walaupun sudah setahun berlaku tapi Daniel Afzan dapat mengingatinya…

“Budak ‘Cak Lempong’ ni mesti dah tak ingat pasal tu lagi… jadi bila mula dia suka kat aku… suka???.. hish.. tapi tak kan lah dia boleh terus lupa kat rupa aku ni… or masa tu dia tak perhati betul-betul muka aku ni” Daniel Afzan berkata sambil memandang ke arah Jessica.

Kejadian yang terjadi tersebut pernah terjadi beberapa kali, Kali pertama berlaku di MP ketika itu mereka berdua tidak mengenali langsung antara satu sama lain, iaitu tahun pertama di UTeM dan pada masa itu Jessica Emily tidak ambil pusing tentang makhluk yang bernama lelaki .

Pada ketika itu… Jessica Emily merebut ketam yang hendak diambil oleh seorang lelaki yang diingatkannya cina, pada masa yang sama Daniel Afzan terkejut kerana ada seorang perempuan yang kurang ajar merebut ketam yang ingin diambilnya.

“Tak guna punya perempuan…. Dia tak nampak ke aku yang terpacak kat sini.. sedap jer dia ambik ketam aku…” Daniel Afzan mendengus marah.

Jessica Emily yang sedang berjalan menuju ke meja terdengar kata-kata Daniel Afzan pantas menoleh kebelakang.

“Dia ni cina ke melayu??? Ah!!! Lantaklah.. banyak lagi lauk lain dia boleh ambil” Jessica Emily berkata dalam hati dan terus berjalan menuju ke arah Julia yang menantinya tanpa menghiraukan pemuda itu lagi.

Kali kedua berlaku di sebuah kedai makan di tepi pantai, tetapi pada masa itu bukan masak lemak ketam tapi ketam masak kari… pada masa itu bukan salah Jessica Emily… Daniel Afzan yang lambat kerana menyembang dengan kawannya semasa mengambil makanan.

Masa itu belum sempat Daniel mengambil sanduk untuk mengambil ketam, sudah ada tangan lain yang mengambil senduk tersebut. Terkebil-kebil Daniel Afzan memandang senduk itu. Perempuan di sebelahnya itu bertanya.

“Awak nak ketam ni ker???” Jessica Emily bertanya… mana taknya pemuda di sebelahnya itu tidak berganjak dari merenung bekas lauk kari ketam yang telah kosong.

“Hah???” tanya Daniel Afzan sambil merenung muka yang berada didepannya itu

“Eh!!.. macam kenal.. la budak yang rebut ketam aku kat MP haritu rupanya…” Daniel Afzan berkata dalam hati sambil tersenyum. Dia seorang yang cepat mengingat muka seseorang lagi kalau orang tu ada buat salah kat dia… tapi kalau bab nama.. jangan harap mesti lupa punya…

“Awak nak ker??” tanya Jessica Emily lagi.

“Eh.. tak yah la…. awak makan la…. kan banyak lauk lain lagi” Daniel Afzan menjawab tapi dalam hatinya berharap dapat makan ketam itu.

“Betul???” Jessica Emily mahukan kepastian. Bila dia tengok muka pemuda tu… dia kesian… muka cam budak sekolah je...

“Betul….” Jawab Daniel Afzan sambil tersenyum.

“Macam ni la…. Kak!! tolong potongkan ketam ni.. bahagi dua satu bagi saya, satu bagi kat dia ni.. saya bayar” Jessica Emily berkata sambil menundingkan jarinya ke arah Daniel Afzan.

“Eh… awak nak buat apa.. tak payah la…”

“Tak pe... karang kalau kempunan, macam mana? kang awak salahkan saya pulak…”

“Er… kalau macam tu thanks….” kedua-dua mereka terus berlalu ke meja masing-masing tanpa berkenalan terlebih dahulu.. bagi kedua-duanya itu tidak penting…

“Awak!!!...” Jessica mengejutkan Daniel…

“Apalah… dia ni.. pandang orang macam nak makan… kalau tak suka aku cakap je la… tak payah nak pandang sampai macam tu” Jessica Emily memarahi Daniel Afzan dalam diam.

“Ha.. ye.. ye.. kenapa??”

“Tak.. tak de apa-apa… tu kuah dalam pinggan awak tu nak tertumpah dah tu…”

“Ooo…. Eh betul awak tak nak ketam ni???” tanya Daniel Afzan lagi untuk untuk kepastian.

Jessica hanya menggeleng dan terus pergi…

“Apehal la mamat ni.. hari ni mau pulak bercakap dengan aku.. mimpi apa la dia malam tadi…” Jessica Emily berkata dalam hati sambil tersenyum...

Hati Jessica Emily berasa riang dan gembira mana taknya dia seronok kerana lelaki pujaan hatinya menegurnya hari itu.. hihihi siapa-siapa pon seronok….

Daniel Afzan masih berdiri menghadap lauk masak lemak ketam itu lagi…

“Emm.. aku dah tahu… bahagi dua je la ketam ni.. hari tu dia bagi dekat aku.. sekarang giliran aku pulak..” Daniel Afzan menganguk-nganguk sendiri.

“Mamak potong ketam ni… bahagi dua satu masuk dalam pinggan ni satu lagi awak bagi kat kakak pakai tudung ungu yang duduk kat meja hujung tu… dan saya yang bayar… Ok mamak??”

“Wokey!!!” mamak tu menjawab.

“Ha lagi satu… mamak cakap kat dia… saya tak hutang dia dah… ye mamak”

“Wokey!!!” tergeleng-geleng kepala mamak tu menjawab.

“Ish.. mamak ni wokey.. wokey.. ntah dia faham ke tidak aku cakap ni…lantak ko la mamak” rungut Daniel Afzandalam hati. Daniel Afzan terus menuju ke meja makan yang mana Giant sedang dengan melantak makanan dengan lahapnya.

“Daniel ape yang ko sembang ngan budak ‘Cak Lempong’ tu?? bukan main mesra lagi aku tengok” tanya Giant dengan mulut yang penuh dengan nasi.

“Eh… Giant perasan ke… aku ingat dia khusyuk makan je dari tadi”

“Tak de apa-apa lah”

“Tak de ape ko kata… tu siap bagi separuh ketam ko kat dia tu kenapa??”

“Hah!!!”

“Hish… Giant ni mata dia tajam betul… nampak je apa aku buat” terdetik kata-kata itu dalam hati.

“Tak de la.. aku takut dia kempunan nak makan ketam tu.. dah la ada satu je tadi.. karang kalau dia terjatuh longkang ke… ter eksiden ke… macam mane??”

“Baik pulak hati ko hari ni yer... pelik aku… ko tu bukan aku tak tau… kedekut mengalahkan Haji Bakhil lagi la kalau benda tu K.E.T.A.M” Giant siap mengeja ketam lagi.

“Woi.. woi.. cakap baik-baik sikit bila masa pulak aku kedekut sampai macam tu?? Daniel Afzan cuba menyangkal

“Aku cuma….” sambung Daniel Afzan tapi terhenti

“Cuma aper?? Ko dah ‘jatuh cinta’ ngan dia ker??

“Ish.. takde la sampai macam tu… dulu dia pernah bagi separuh ketam dia kat aku… sekarang aku balas balik la..”

“Bila?? lama dah.. aku tak tahu pun??? Giant memendang tepat ke arah muka Daniel Afzan meminta kepastian.

“Masa awal-awal sem satu”

“Bila?? Aku ada masa tu”

“Alaa… ko tak tau… masa tu aku dengan Buluh… masa tu kan ko belum rapat dengan aku lagi”

“Ya lo.. masa tu ko sombong tak nak kawan ngan aku” Giant berkata dengan mulut yang penuh dengan nasi. Hish.. tak senonoh betul perangai Giant ni…

“Mana ada aku taknak kawan dengan ko… Cuma masa tu kita tak sempat nak kenal rapat je kan…”

“Ohh… jadi ko dah kenal dia sebelum Gamelan la?? Apasal tak bagitau kitorang?? Mati-mati aku ingat itu la first time ko jumpa dia” Giant berbalik ke soalan asal.

“Ceh.. giant ni boleh pulak dia balik ke soalan tu.. ingat dah lupa nak tanya…” Daniel Afzan merungut dalam hati.

“Aku baru ingat, aku pernah jumpa dia dulu.. tu pun masa aku nak ambik ketam tadi baru aku teringat kami pernah jumpa... tapi aku rasa dia tak kenal aku masa tu… ye la masa tu kan rupa aku cam budak jahat jer… dah la rambut terpacak…”

“Boleh pulak ko ingat muka dia… hari tu apasal tak ingat” Giant tak puas hati

“Ntah….tapi kan aku rasa, aku pernah jumpa dia lagi la tapi ntah kat mana… aku tak ingat dah…”

“Entah-entah ko selalu jumpa dia tapi ko tak perasan kut”

“Mungkin”

“Tapi kan kalau ada Buluh sekarang ni mau dia gelakkan ko punya… yela ‘lelaki hati batu jatuh cinta’ hahaha”

“Woi kentut.. bila masa aku jatuh cinta ni.. aku cuma buat camtu.. dah boleh di kategorikan jatuh cinta ker?? “

“Boleh!!.. ape pulak tak boleh… kalau orangnya tu ko.. tentu boleh.. tapi kalau perangai macam Izhan.. comfirm tak!!…”

“Ceh.. malas aku nak layan ko, aku nak makan lapar sangat ni..” Daniel Afzan menjawab, dia menyuap nasi sambil matanya memandang ke arah mamak yang menuju ke arah budak ‘Cak Lempong” tu.

“Adik manis… abang hensem sana tu bagi ini ketam sama adik manis” mamak tu berkata sambil menunding jari kearah Daniel Afzan.

“Siapa??” Jessica Emily bertanya walau dia tahu mesti Daniel Afzan yang beri.

“Itu sana tu… yang tengah makan sama kawan dia yang badan besar tu…”

“Ohhh…” Jessica Emily melemparkan senyuman ke arah Daniel Afzan dan tunduk tanda terima kasih. Dari kejauhan Daniel Afzan membalas senyuman itu.

“Ha.. ada lagi satu dia suruh saya cakap sama adik manis yang dia sudah tiada hutang sama adik manis”

“Hutang mamak??”

“Ya la hutang.. dia ada hutang duit sama adik manis ka??”

“Ish.. takde mamak… terima kasih ye”

“Wokey” mamak itu berlalu.

Setelah mamak itu berlalu apalagi bertubi-tubilah soalan yang keluar dari mulut Julia

“Budak ODC tu ada hutang ngan ko ker??, macam mana dia boleh kenal ko?? Bukan ko tak pernah cakap ngan dia ker??”

“Ntah… aku tak ingatla.. memang seingat aku, aku tak pernah cakap ngan dia pon…. Pandang dia dari jauh tu adalah… ko pun tahu kan perangai pengecut aku ni…”

“Eh jap…. Ko ingat tak sem satu ari tu… masa kita makan kat tepi pantai… ko ada bagi half ketam ko kat sorang mamat… ala yang aku marah kat ko masa tu sebab baik sangat bagi makanan kat orang yang tak ko kenal… ko ingat tak”

“Ingat!!!.. tapi aku tak ingat muka mamat tu… sebab aku tak perati betul-betul pun muka dia masa tu… segan aku nak tenguk muka anak teruna orang lama-lama….dia ker???”

“Ye la kut”

“Tak kan la….???”

……………………………………

Sayangi sebuah perkenalan, Kerana di situ terciptanya kemesraan… Kenangi sebuah perhubungan, Kerana di situ terciptanya kerinduan… Hargai kedua-dunya, Kerana itulah rahmat TUHAN…

0 comments:

Post a Comment