Korang cuba la bace citer yang dah lame aku buat ni.... kalau best aku sambung.. hihihi.. kut leh jadi novelist plak lepas ni...kwang2.....
Nukilan : yanz_odc
My “Frog Prince”
WHy KiSs A PRiNCE WhEN YoU CaN KiSS A FRoG
Date :
19 Oktober 2009 (Hari yang bosan + xde keje)
BAB 1
~ Ape pulak jatuh cinta?? ~
Di suatu petang yang agak nyaman, di sebuah universiti, di sebuah café, di sebuah meja… dengan angin yang ala-ala kipas tak cukup elektrik dan cuaca yang suam-suam kuku… bermulalah sebuah kisah yang mengingatkan korang akan zaman muda-muda, zaman cinta-cinta monyet dan zaman tau habiskan duit mak bapak jer….
Disuatu sudut dihujung café itu, seorang budak perempuan (not budak lagi actually… dah boleh jadi mak orang dah!!!)… dia sedang memandang ke satu lagi sudut café dengan gaya macam nak makan orang dan kalau dia pandang dinding, boleh tembus dinding tu dibuatnya… apa puyer perempuan la camtu….
“Oit…. Ape yang ngko menungkan tu Jess????... khusyuk betul aku tengok….” Julia mengejutkan Jessica Emily yang sedang khusyuk memandang jejaka idaman melayanya… hihihi…. .
“Woit.. aku tanyer ni.. apasal ko buat dek jer??? Ko tengok siapa???. Teman baiknya tu tak puas hati.. Julia pun melilau mencari apa la yang di tengok oleh kawannya itu…. di suatu sudut dia ternampak sesuatu yang menarik…..
“Oh ni rupanya yang kawan ni aku tengok dari tadi.. hish.. hish… hish.. angau rupanya…”. Julia berkata dalam hati. Dari kejauhan Julia terlihat Daniel Afzan dan kawan-kawannya sedang makan sambil menyembang.. dia tahu kawannya itu memuja Daniel Afzan… tapi hanya sebagai seorang ‘Secret Admire’ jer…
“Apalah kawan aku ni… kalau suka, cakap la suka ini tidak… diam jer… macam mana la orang yang kita suka tu nak tahu kita suka kat dia… Jess… Jess… nak kata takde hidung ada, nak kata takde mulut ada… semua ada!!… pelik-pelik….”terdetik kata-kata di dalam hati Julia… sambil matanya memandang kembali kearah kumpulan itu.
“Haih.. buruk perangai bubudak lelaki ni… mulut penuh pun boleh bercakap lagi…” Julia berkata dalam hati.
Tapi salah sorang dari kumpulan itu lah jugak adalah ‘Frog Prince’ Jessica Emily.. nak buat macam maner…
Julia pun pelik dengan Jessica Emily macam maner la dia boleh tersangkut kat mamat tu… muka takde la hensem sangat… dah la boleh dikatakan banyak gak jerawat… perangai boleh tahan nakalnya… harap muka jer ada iras-iras cina… tapi itu la kut yang membuat kawannya itu jatuh hati… ntah la… tak pulak ditanya apa alasan sebenar Jessica Emily meminati mamat tu….
“Suatu hari nanti aku akan korek juga rahsia ni” Julia berkata dalam hati.. yelah bila ditanya kenapa di suke budak tu… jawapanya “ntah!!..” atau “aku suka muka dia cam cina tu!!”.. tu je la jawapannya.. tapi tak kan la itu jer…??? mesti ada pencetusnya..
“Sudah-sudah la tu Jess… dah naik juling aku tengok mata ko tu.. asyik pandang budak tu jer”. Ditepuk bahu kawannya itu..
“Yela.. yelaa.. aku tau la…”Jessica menjawab…
“Hish kawan aku yang sorang ni.. tak boleh tengok aku senang sikit ade jer… lepuk jugak kang.. haih… dah la ku susah nak nampak muka ‘Frog Prince’ aku ni…”. Jessica Emily berkata dalam hati…
Kadang-kadang dia marah dengan perangai Julia… yang selalu menganggu ketenteramannya… tapi Julia adalah kawan baiknya dari tahun pertama hingga tahun ini, yakni tahun akhir dia berada di UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) merangkap satu-satunya universiti yang ramai lelaki dari perempuan…hihii..
Nak buat macam maner.. Julia sorang jer yang tahan dan faham perangai Jessica Emily yang lain dari yang lain itu…
Jessica Emily teringat lagi hari pertama dia masuk ke UTeM… die tersalah masuk barisan.. ingat barisan tu campur lelaki pompuan.. rupa-rupanya tu barisan hanya untuk budak lelaki jer.. ye la.. barisannya punya la panjang.. sampai tak nampak barisan pompuan pun… patutlah bebudak lelaki pandang die semacam jer… setelah jenuh melilau-lilau macam orang sasau, lastly Jessica nampak juga barisan untuk budak perempuan.. nun jauh… barisan pompuan suku jer dari barisan lelaki.. memang ramai betol budak lelaki dari perempuan… malu dia masa tu…
Jessica ingat kelasnyer nanti mesti ramai lelaki gak… Ye la untuk cuci mata… ni tak asyik lelaki jer dapat cuci mate tengok pompuan… jelous!!!… Tapi nak buat macam mana ditakdirkan Jessica budak IT.. so kelasnye ramai perempuan dari lelaki… cume budak engineering jer yang ramai lelaki… haish rugi betol…
Jessica terus memandang ke arah ‘Frog Prince’ nya tanpa mengendahkan Julia yang berada disebelahnya. Jessica begitu khusyuk memandang ke arah geng Daniel Afzan… siap bertongkat dagu lagi… Nasib baik mereka duduk agak jauh dan café tu tengah ramai orang, jadi takde la orang perasan sangat peragai ‘buruk’ Jesicca tu… ye la tenung anak teruna orang sampai nak tersembul bijik mata… Jessica… Jessica…
“Jess.. Jess..” panggil Julia perlahan… tapi Jessica Emily masih lagi tidak berganjak dari posisi tadi… “Haish.. dah pekak ke aper kawan aku ni??” tak boleh jadi ni…
“Jess!!.. “ Julia mengejutkan Jessica…
“Woi ko ni apahal…. terkejut aku!!!” suara Jessica agak meninggi…. Dah ar terkejut… siap dagu terhantuk meja lagi.. sakit plak tu…
“Julia ni kan suka mengejutkan aku.. nasib baik aku ‘terkejut beruk’ jer.. kalau aku ni sakit jantung.. mau jalan terus…” Jessica mengomel dalam hati.. Tapi sebenarnya dia malu di kejutkan begitu… yela.. boleh dikatakan ramai gak bebudak kat Cafeteria ni memandang mereka berdua.. malu siot…
“Nak kejutkan-kejutkan la.. tak payah ar sampai tolak tangan aku….” Marah Jesicca Emily.
“Sorry-sorry… terkejut ker?.. er.. sakit ker dagu ko tu??.. sorry eii… memang aku nak kejutkan ngko pon… tapi aku tak sangka pulak ko boleh terkejut sampai camtu… ye la aku panggil dua kali ko buat dono jer.. tu yang aku jerit nama ko tu.. kot tersampuk ker.. ape ker…hihihi.. sorry eii…” Julia memandang Jessica Emily sambil tersengih… plus siap tunjuk tangan macam mintak ampun ngan raja gamak nye… yer la Jessica ni bukan boleh buat main kalau dia marah boleh bergegar café ni..
“Hish.. Julia ni… kalau aku tak maafkan ni mau dia menari dan menyanyi lagu ‘Sorry-Sorry’ kat aku..” Jesica Emily nak tergelak tapi ditahannya…
“Haih kalakar betul kawan aku ni..”Jessica Emilt berkata dalam hati lagi..
“Ye la.. ye la.. maaf diterima.. wei.. aku tau la ko ‘Kipas susah mati’ group Super Junior.. tapi tak yah la sampai nak menari….”
“Hihihi..” Julia hanya tersengih…
“Ko nak apa or ko nak cakap apa sebenarnya kat aku ni??”
“Ha.. ar.. lupa pulak aku.. ni Puan Nurul Akma pesan, dia nak jumpa ko pasal PSM (Projek Sarjana Muda) ko tu… kalau boleh dia kata hari ni gak.” Julia menerangkan tujuan sebenarnya berjumpa dengan Jessica…
Ni semua ‘Frog Prince’ punya pasal… sampai terlupa tujuannya datang berjumpa ngan Jessica Emily..
“Dia ada cakap pukul berapa dia free??”
“Takde plak… emm. Ko pi je la kat bilik dia, kalau dia ada… ada la…”
“Ceh.. bagus puyer kawan… Julia…Julia…” Jessica Emily menggeleng-geleng kepala sambil melihat jam ditangannya.
“Alamak dah pukul 2.55 dah ni… pukul 3 ada kelas, kena pergi sekarang ni” Jessica cemas sambil tangannya mencapai beg galas diatas meja.
“Julia jom!!”
“Jom?? Jom ke mane??”
“Ko ni tadi marah aku beranggan…. Skang ko pulak berangan…. Hish… jom la pi kelas… apa lagi?? Kelas dah nak start la….” sambil menarik tangan Julia bangun.
Sebelum pergi Jessica sempat menjeling ke arah Daniel Afzan… untuk kesekian kali nyer.. ye la lepas ni nak pergi menuntut ilmu.. kena la carik pembakar semangat.. dan belum tentu dapat tengok ‘Frog Prince’ nye lagi hari ni.
Mereka berdua meninggalkan cafeteria dengan jalan cam lipas kudung.. ye la kelas jauh plak tu.. dah la tingkat 3… satu hal plak nak menapak naik tangga…
Tanpa mereka sedari… rupa-rupanya salah sorang kawan Daniel Afzan menyedari perlakuan Jessica dan Julia…
“Wei.. korang perasan tak budak dua ekor yang duduk kat meja hujung tadi.. sorang pakai baju merah and sorang pakai baju biru” tegur Buluh a.k.a kawannya yang kurus cam lidi…
“Ooo.. yang sorang tu asyik pandang Daniel jer kan??” sampuk Giant a.k.a besar cam Giant dalam citer Doraemon.
“Eh.. ko pon perasan gak Giant…??” Buluh bertanya sambil matanya terkelip-kelip memandang Giant… ye la dia ingat dia sorang jer perasan rupenya orang lain pon perasan… mungkin gaya budak tu menonjol sangat tak… mana taknye.. siap tongkat dagu lagi… apa pyer pompuan la camtu…
“Perasan gak aku.. mula-mula aku ingat dia pandang aku…. Hihihi..” Buluh mencebik kearah Giant.
“Ceh… ko ni perasan la Giant…”
“Tapi kan.. comel gak budak tu… muke takde la lawa.. tapi comel gak aku tengok.. pipi dia tembam betol… cam rase nak cubit-cubit kan…??”
“Hish… giler ke kawan aku ni.. nak cubit pipi anak dara orang…..” kata Buluh sambil menumbuk bahu Giant.
“Ye ker??? Aku tak perasan pon dia pandang aku?? Dia pandang orang lain tak??” Daniel Afzan yang hanya diam dari tadi bersuara….
Sebenarnya Daniel perasan macam ade mata yang memandangnya tapi dia diamkan jer.. tak nak di cop perasan oleh kawan-kawannya…
“Tapi budak tu memang comel…hihihi.. dah la pandang aku tak kelip mata.. siapa tengok pon mesti perasan…” Daniel mengomel dalam hati.
“Woi Daniel!!!... berangan plak dia… apasal ko teringgat budak tadi ker?? Tak kan dah jatuh cinta kot??...”
“Hish.. ko ni Buluh…”
“Ceh… budak tu bukan test aku la… muke tak lawa… saper yang nak..” Danial Afzan menafikan dalam hati.
“Kalau jatuh cinta pun apa salahya, bukan kena tangkap polis pun… tapikan kalau ko bercinta… mesti kecoh satu kampus… berita hangat la katakan…”
“Tajuknya ‘COLD HEARTED PRINCE’ or ‘A GUY WITHOUT FEELING’ jatuh cinta… hahaha” Buluh menambah sambil tergelak besar hingga menekan perutnya… memang klakar la…
“Betul la Buluh aku sokong, mesti glamor la ko nanti… ye la… dalam 3 tahun kita bertiga bersama siang dan malam… aku tak pernah pun tengok ko pergi dating ke, tengok wayang ke, makan even jalan-jalan ngan budak perempuan… ko kenapa?? Ada penyakit elergik ngan spesis yang bernama perempuan ker???” Giant bertanya untuk mencari kepastian.
“Hish.. tak de la sampai macam tu!!! aku sihat walafiat la!!!….” tegas Danial Afzan.
“Apa la Giant ni, boleh pulak dia fikir aku ni ada elergik.. gila apa??” Daniel mengutuk Giant dalam hati.
“Cuma ….” Danial terhenti.
“Cuma ape???” Giant tidak puas hati
“Cuma….cu… ma…” Daniel Afzan membuatkan kawannya yang dua orang tu teranguk-anguk mengikut rentak Daniel.
“Cuma aku tak nak korang jelous dengan aku nanti… aku kesian kat korang je… ye la korang pon takde makwe plus muka tak ensem…hahaha… jangan marah kawan.. memang tak ensem pon… hahaha… aku ni lain kalau nak, sekali aku petik, jangan kata 10, 50 yang datang tau” Daniel bersuara dengan nada riak.
“Ceh!!!... kentut kau la 50 puluh… dah la malas aku nak cakap dengan orang riak tak bertempat ni.. tak nak cakap sudah!!” Buluh sakit hati bercakap dengan kawannya yang tiga suku tu… Pening dia melihat perangai Daniel Afzan, kalau tengok muka… sikit punye hensem and ada cam budak nakal sikit.. itulah yang buatkan mamat ni macho, tapi takut kat perempuan.. ada jugak spesis macam ni kat dunia ni…. Lantak ko la Daniel asal ko bahagia…
Sebenarnya Daniel Afzan bukan jenis yang takut atau elergik pada perempuan dia, cuma tidak mahu ‘pisang berbuah 2,3,4 kali’, dia tidak mahu sejarah lama berulang, walaupun kata orang sejarah mungkin berulang seperti juga lagu New Boyz ‘Sejarah Mungkin Berulang’ yang glamor dolu-dolu tu.
“Didi… I nak mintak maaf bebanyak dengan U”
“I bukan tak sayang kat U, I sayang… tapi I… I” Amira berkata tersekat-sekat.
“Kenapa??? U dah jatuh cinta kat orang lain??... and U nak pisah dengan I???” Daniel Afzan bertanya dengan nada tinggi.
“Didi…. I….” ucap Amira sambil menitiskan air mata.
“I memang dah jatuh cinta dengan orang lain Didi… maafkan I” Amira bersuara perlahan dan ingin mencapai tangan Daniel Afzan. Tetapi belum sempat, Daniel telah menarik tangannya.
“Apa kurangnya I Mira??” Daniel bertanya. Tetapi Amira tetap diam tidak menjawab… Daniel Afzan merenung Amira yang sudah tunduk ke lantai…
“Sabar wahai hati.. sabar” Daniel menenangkan hatinya.
“Siapa lelaki tu?? I kenal??” Daniel bertanya dengan nada yang lembut... dia tidak mahu berkasar lagi… dah tak de jodoh…
“Izhan” jawab Amira sepatah.
“Izhan???” tanya Daniel kembali… walau dia belum pekak.. dia hanya mahu kepastian..
“Ye Didi.. I sayangkan Izhan.. maafkan I” Amira meminta maaf sekali lagi… dah berapa kali maaf diucapkan pon dia tidak pasti…
Amira adalah kekasih hatinya yang ketiga dan bukan kedua atau pertamanya yang meninggalkannya kerana jatuh hati pada kembarnya ‘Daniel Izhan’. Rupa mereka serupa cuma perwatakan mereka berbeza. Dan apa yang berlaku pun bukan Izhan penyebabnya… ini mungkin kerana perangai Izhan yang lembut dan lebih mesra berbanding dengannya…. Menyebabkan semua perempuan menyukainya…
“Ko kenal ke budak tu Daniel???” Buluh memecahkan kesunyian yang sebentar cuma itu…
“Tak…Aku tak kenal.. tapi aku rasa aku pernah nampak dia.. emm.. masa aku masuk Kelab Gamelan hari tu… tapi aku rasa dia masuk Cak Lempong… coz.. dia tak pernah la pulak belajar sesama ngan kitorang… cuma gamelan ngan cak lempong belajar kat tempat sama… kat sekolah kat atas bukit kat TU (Tasek Utama) tu… ” jelas Daniel Afzan sambil memuncungkan mulutnya ke arah Taman Tasek Utama…
“And…” Daniel berkata sambil mengusap dagunya memikirkan sesuatu.
“And??”
“Ha!! baru aku ingat… aku rasa… aku pernah nampak dia kat… ar kat ‘Jati Diri’ hari tu… aku rasa betul la dia… but she look a bit difference”
“Ooooo……” panjang la plak oooonye… Giant ni…
“Ape oooo…..??? tegur Daniel Afzan dengan suara sedikit meninggi..
“Aku luku kang Giant ni…” Daniel berkata dalam hati sambil mengajukan penumbuk ke arah Giant.
“Maknanya…. kira ko dah kenal la budak tu… and budak tu pulak terjatuh cinta pandang pertama kat ko….???
“Ape plak jatuh cinta???... korang ni ntah ape-ape la… mengarut la!!…” tegah Daniel.
……………………………………
Some times….When I’m all alone. I close my eyes and think of you…and the thought of your love worms me inside and make me smile.
BAB 2~Dia Lagi?... Asyik die je... Apa hal ni???~Sudah seminggu peristiwa itu berlaku. Sejak peristiwa di café hari itu Daniel Afzan merasa dia selalu terserempak dengan budak ‘Cak Lempong’ tu.. sebenarnya dari dulu mereka selalu terserempak… cuma Daniel Afzan yang tidak perasan. Masa dulu-dulu mana tau pasal budak tu… cume masa kat café tu jer baru dia terperasan akan budak ‘Cak Lempong’ tu… hihihi… selalu dia tak ambil peduli dengan budak-budak perempuan dekat UTeM tu… lagi pun dia budak engineering jadi memang tak ramai perempuan… kalau ada pun perempuan ada la dalam 3-4 orang… ada gak kelas yang takde perempuan langsung… cuma kalau campur dengan budak IT baru ramai perempuan…haih rugi… cam rasa duduk sekolah lelaki jer…
“Apasal la minggu aku asyik jumpa budak tu jer…??? Apasal ha???” Daniel Afzan tertanya-tanya dalam hatinya.
“Nak pegi koperasi jumpa… nak naik tangga pergi kelas pun jumpa dia… nak pegi café pun jumpa.. sampai nak pergi toilet pun boleh terserempak… Kebetulan??.. tak kan la??” pening Daniel Afzan memikirkanya..
“Ker aku yang terbayang???... hish tak boleh jadi ni… kalau lawa macam J.Lo ker sedap gak tengok.. ini tak… cam hamster jer aku tengok… badan kecik tapi pipi tembam… dia simpan makanan ke kat dalam pipi dia tu… haish..” Danial Afzan menggeluh dalam hati… siap mengeleng-geleng kepalanya lagi…dah la masa itu dia sedang menjawab soalan kuiz untuk subjek BICW…
“Woi Daniel ko kenapa?? Apa yang ko menggeleng-geleng tu??? rupanya perbuatan Daniel itu diperhatikan oleh kawan baiknya Buluh dan Giant..
“Ye la… aku pun tengok pelik.. soalan kuiz tu susah sangat ker??” sambung Giant…
“Soalan maner yang tak boleh ko jawab??.. meh aku tolong” tanya Buluh lagi..
“Aku dah siap la… soalan ni kacang jer… hihihi.. tak kan la soalan macam ni aku tak boleh nak jawab.. kan?? Ape la korang ni…”Danial menjawab…
“Ceh.. aku tau la ko pandai…” Giant berkata sambil mencebik ke arah Daniel… dia tahu Daniel Afzan seorang yang agak pandai dan cepat faham ape yang diajar oleh pensyarah berbanding dengannya… ye la dia jenis yang tak payah baca buku pun boleh jawab periksa… tu yang Giant agak jealous dengan kelebihan Daniel… cume Daniel Afzan agak degil, nakal dan pemalas… kalau tengok muka takde memang orang takkan sangka budak tu dean list… muka lanun!!!
“Dah tu kenapa???. Ade masalah ker?? Bagitau la kitorang.. kut boleh kitorang tolong.. macam besar jer masalah ko.. siap geleng-geleng kepala lagi…”ujar Buluh lagi… dia rasa pelik sebab perangai Daniel Afzan yang sebenar bukan begitu… dia tu bukannya yang kisah pasal benda sekeliling dia…
“Kalau sampai jadi macam ni mesti kes teruk… tak boleh dibiarkan ni… aku kena korek juga ni…”Buluh berkata-kata dalam hati nya…
“Takde apa lah…”dengan nada tidak bersemangat Daniel menjawab..
“Tak kan la aku nak bagitau korang pasal hal ni… nanti korang ingat aku perasan pulak… korang ni bukan boleh caya… sama je macam Izhan.. sumer rahsia aku korang nak pecahkan… bukan species boleh simpan rahsia korang ni…” Daniel mengutuk adik dan kawan-kawannya dalam diam…
“Betol ni takde apa-apa??” tanya Buluh tidak puas hati dengan jawapan yang Daniel Afzan beri…
“Kamarul!!, Syafiq!!, Daniel!!.... Ape kamu sembangkan tu… kan saya suruh jawab solan kuiz ni.. bukan suruh menyembang!!!!” marah Puan Norasyikin yang membuatkan mereka bertiga terkejut beruk…
“Tu la korang kan dah kena marah…” Daniel Afzan bersuara perlahan…
“Hish… puan ni pun satu, kalau nak tegur, tegur je la perlahan-lahan ni tidak… bergegar bilik kuliah ni dibuatnya.. ” sambung Buluh…
“Daniel, Syafiq apa lagi tu!!!”
“Ye puan… ye puan…” terkulat-kulat Daniel Afzan dan Buluh menjawab… kan dah glamor satu kelas… Disebelah Daniel, Giant hanya tersengih macam kerang busuk sambil menunjukkan tanda bagus kacang ‘Ngan Yin’.
“Ni semua budak dua ekor punya pasal la ni… kalau tidak… takde la glamor aku hari ni…”rungut Daniel Afzan dalam hati.
Habis kelas… Daniel Afzan, Buluh dan Giant yang gedebab itu berjumpa Dr. Nana Suryana bagi menghantar tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka…
Dalam perjalanan ke lift… Daniel Afzan bersuara..
“Wei.. korang ingat tak masa mula-mula Dr. Nana masuk kelas kita???”
“Ingat…ingat mane boleh lupa” kata Giant sambil tersenyum.
Mereka bertiga teringat masa mula-mula Dr. Nana Suryana masuk ke dalam kelas mereka… satu kelas ingat mereka dapat pensyarah perempuan… ye la dah la kelas dah la ramai lelaki… kalau dapat pensyarah… best jugak dapat bodek sesikit…
Tapi yang masuk seorang pensyarah lelaki.. rupa-rupanya pensyarah tu berasal dari Indonesia… patutla nama dia macam tu…
Sekarang Dr. Nana Suryana adalah antara pensyarah kesayangan mereka… kerana cara penyampaian kuliahnya berkesan… Cuma kadang-kadang mereka tidak faham perkataan yang disebut pensyarah tersebut kerana bunyinya agak lain sedikit. Tapi tidak kisah la… itu biasa… dan dapat juga mereka merasa pensyarah dari luar negara… hihi…
“Hish.. lambat betul lift ni… bangunan ni tujuh tingkat je.. tapi macam berpuluh-puluh tingkat” rungut Buluh.
“Tu.. la” sokong Giant
“Wei korang berdua ni… kalau nak cepat pegi ar turun tangga… banyak songeh pulak…” tegur Daniel Afzan.
Kadang-kadang mereka berasa pelik dengan perangai Daniel Afzan… yang angin satu badan… kadang-kadang baik and kadang-kadang bad mood.
Ada satu masa tu, semasa mereka tergelak-gelak bersama dan dalam masa 2-3 saat Daniel je boleh berubah jadi masam macam ‘cuka’, senyum tidak.. ape pun tidak, tiba-tiba je... cenggitu la perangainya.. pelik!!
Satu jer yang mereka respect kat Daniel Afzan ni… dia seorang sahabat yang baik dan dia boleh menjadi seorang yang sangat penyabar kat benda-benda yang remeh serta seorang yang mudah rasa simpati pada orang lain walau pada seorang yang sangat-sangat dibencinya.
“Jangan la marah kawan….”Giant memujuk sambil menepuk-nepuk bahu Daniel Afzan.
Sebenarnya Daniel dah bosan… mereka berdua asyik memekak je… mulut murai betul…
“Ting!!” pintu lift didepan mereka terbuka.
Tiba-tiba…
“Asyik-asyik muka dia jer… takde orang lain lagi ker aku nak jumpa dalam dunia ni?… dia.. dia…. dan dia lagi…” Daniel Afzan melepaskan keluahan.
“Tapi….apasal minah ni pandang aku semacam?? Macam tak pernah nampak aku jer… apasal ni?? ke ade hantu ke kat belakang aku??” Daniel Afzan berkata dalam hati sambil memandang kebelakang… manalah tahu… kut-kut memang ada hantu kom-kom siang-siang hari ni…
“Ah!! pedulikan lah…” Daniel Afzan terus masuk ke dalam perut lift tanpa memandang ke arah budak ‘Cak Lempong’ tu lagi.
Sebenarnya dalam masa yang sama Jessica Emily betul-betul terkejut apabila pintu lift terbuka tadi… kerana Danial Afzan betul-betul berada di depan lift ketika pintu itu terbuka… terkedip-kedip matanya memandang Danial Afzan yang sedang berada di hadapan pintu lift tingkat 5 itu…
“Kenapa dia yang ada kat sini… kenapa dia?? Jessica Emily bertanya kepada dirinya sendiri… dia sendiri tiada jawapanya…
“Betul ke apa yang aku nampak ni???”Jessica berkata dalam hati sambil melangkah keluar dari lift. 2-3 kali juga dia memandang Danial Afzan yang telah masuk ke dalam lift… untuk memastikan apa yang dilihatnya itu betul-betul ‘Frog Prince’nya itu..
“Jess.. ko ni kenapa???” Julia bertanya sambil memetik jarinya dihadapan Jessica Emily yang nampak seperti sedang berkhayal…
“Julia… cubit tangan aku jap”
“Kenapa??”
“Cubit je la..”
“Kalau sakit jangan marah kat aku... sebab ko yang suruh eii…” sambil tangannya mencubit lengan Jessica Emily.
“Aaaaa!!!” Jessica terjerit kecil sambil mengosok lengannya yang dicubit Julia tadi.
“Sakit jugak budak ni cubit aku… cubit sikit dah la..” runggut Jessica Emily dalam hati tapi dia tidak boleh nak marahkan Julia kerana dia yang meminta Julia berbuat demikian… kalau tak………. memang kena tumbuk usus perut Julia tu… sakit siot…
“Sorry-sorry… sakit sangat ker??”
“Tak la….. sedap….” Jessica menjawab sambil menunjukkan tanda bagus.
“Ko suruh aku cubit ko tetiba je ni apahalnya?? buang tabiat??... dengan kening yang berkerut-kerut Julia bertanya.
“Bukan…”
“Habis tu aper??”
“Tak… kalau aku cakap ko jangan gelakkan aku tau…”Jessica memandang Julia dengan pandangan orang tengah confuse…
“Nak cakap ke… tak nak ni??” Jessica tertanya-tanya.
“Ye la.. ape dia??... tapi kalau kelakar… aku kena gelak kan gak.. hihihi”
“Pelik aku tengok budak Jess… ni, aku tau la ko baru terserempak dengan ‘Frog Prince’ ko tu… patutnya gembira… tapi ni lain… macam orang nampak hantu jer rupenya” Julia berkata dalam hatinya dengan perasaan pelik…
“Emm… Julia ko pernah tengok citer korea tajuk ‘My Girl’ kan??”
“Pernah…. yang pelakonnya Lee Da Hae dan Lee Dong Wok, heronya yang aku suke tu kan???”
“Ha ar….. eemmm…”
“Nak bagitau ke tidak ni???” hati Jessica tertanya-tanya lagi..
“Emmm… ape?? “ Julia tidak puas hati…
“Bagitau jela… apa lagi???….pelik la aku dengan ko ni??” sambung Julia.
“Ye lah.. ye lah.. aku nak bagitau la ni”
“Er… ko tau kan episode yang masa Dong Wok cari Da Hae… tapi tak jumpa-jumpa and pastu dia kira 1 sampai 5 sambil pejam mata.. ingat tak???… macam Da Hae cakap kat dia “Kalau nak tau soulmate kita ke kat mana… just kira 1 sampai 5… orang tu akan muncul depan kita…” ko tau kan..?? Jessica bertanya sambil memandang Julia dengan muka mengharap temannya itu ingat babak itu.
“Kenapa ko kira ker tadi??? ko biar betul” terbeliak mata Julia memandang kawan baiknya itu..
“Ni dah kes berat ni… Kebetulan?? Jodoh?? Tak kan la…” Julia berkata dalam hati.
“Betul???” Julia bertanya sekali lagi untuk kepastian.
“Betul… masa nak naik lift tadi aku saja test la… aku cakap dalam hati ‘kalau betul dia jodoh aku, aku akan tengok dia ada depan aku bila lift ni sampai tingkat lima….’ So aku pun kira 1 sampai 5 ikut tingkat lift tu naik… ko tau… aku betul-betul tak sangka masa lift ni terbuka kat tingkat 5… mata aku terus ternampak dia”… terang Jessica Emily dalam keadaan yang masih terkejut.
“Ko tau masa tu memang aku terkejut beruk... tak sangka dia memang ada kat situ” Jessica Emily menambah.
“Tu.. yang dalam lift tadi ko senyap jer??”
“Ha.. ar”… jawab Jessica selamba
“Ceh!!! patutla… masa aku tanya dia buat dono je… mengira 1 hingga 5 rupanya… sekolah tinggi-tinggi… kira 1 sampai 5 je… kira ar sampai 100 ke… sejuta ke” Julia berkata dalam hati.
“Macam mane la ko boleh percaya benda-benda ngarut macam tu???”
“Aku bukan percaya… kan aku cakap tadi aku saja test je… “ Jessica Emily menerangkan kepada kawannya yang jenis tak faham bahasa ni..
“Eleh… tak percaya konon…” sambil mencebikan mulutnya ke arah Jessica.
“Kalau tak percaya apasal buat… ntah apa-apa ntah ko ni”… Julia menyambung lagi.
“Tapi kalau dah jadi macam dalam citer tu… tu namanya TUHAN yang tolong aku” jawab Jessica sambil tersenggih-senggih.
“Betul la… memang TUHAN tengah tolong ko… ni yang aku kena cuba ni kut-kut boleh jumpa Soulmate ataupun ‘Putera Kayangan’ yang aku tunggu selama ni.. hihihi…” Julia berkata sambil tersenyum-senyum memandang ke arah syiling untuk membayangkan ‘Putera Kayangan’nya.
“Ceh.. Julia ni berangan pulak dah… tak guna…” Jessica Emily geli hati melihat perangai Julia.
“Wei… dah la tu… ko pulak yang lebih-lebih” Julia berkata sambil tangannya menolak Julia.
“Ape pulak… ye la… mana tau jadi kat aku pulak… mane boleh ko je… aku nak juga menda-menda macam ni… tak aci.. tak aci…” rengek Julia.
“Dah la tu.. dah rupa budak kecik aku tengok ko ni… cepat ar jalan!!” Jessica Emily berkata sambil menolak Julia dari belakang.
“Besok-besok aku nak try la…” Julia berkata lagi.
……………………………………
Apakah sebenarnya CINTA itu?? cuba katakan....Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran,dua hati dalam satu debaran...
aku dah buat banyak bab... tapi aku post this dulu la....
nama yang pompuan tak kompom lagi.... aku ingat nak tukar nama tu.. kalau korang ada idea bagi2 la.... mesti mula ngan HURUF "D" jugak......
kengkawan.... sorry aku guna nama korang.. JANGAN MARAH.... yang belum tersenarai.. aku akan cuba gak masukkan cecelah nanti....